VISI

VISI: PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

12 Januari, 2011

MESYUARAT AGUNG BADAN BERUNIFORM

Rabu (12 Jan.) - Mesyuarat Agung Badan Beruniform berlangsung pada jam 1.50 hingga 2.30 petang.

11 Januari, 2011

MESYUARAT AGUNG KELAB PERMAINAN DAN SUKAN

Selasa (11 Jan.) - Mesyuarat Agung Kelab Permainan dan Sukan berlangsung pada jam 1.50 hingga 2.30 petang.

10 Januari, 2011

MESYUARAT AGUNG RUMAH SUKAN


Isnin (10 Jan.) - Mesyuarat Agung Empat Rumah Sukan berlansgung pada jam 1.40 hingga 2.30 petang untuk memilih AJK masing-masing. Kejohanan Olahraga SEMESRA akan berlangsung pada 19 Februari 2011 sementara merentas desa pada 22 Januari 2011.

07 Januari, 2011

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI LAHIR HARI INI

1.PN.ZAHARAH BINTI MAMAT
HAPPY BIRTHDAY!!
Nota:Mulai tahun 2011, naskhahsemesra on line akan memaparkan nama guru yang menyambut hari lahir pada hari ini. Data terkini sedang diusahakan.

06 Januari, 2011

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI LAHIR HARI INI

I1.PN. HANITA BINTI AHMAD
2.CIK NAZARIAH BINTI SALI
HAPPY BIRTHDAY!!
Nota:Mulai tahun 2011, naskhahsemesra on line akan memaparkan nama guru yang menyambut hari lahir pada hari ini. Data terkini sedang diusahakan.

05 Januari, 2011

USTAZ MOHD SHUKRI PENGERUSI BARU KGS SEMESRA

Rabu (5 Jan. 2011) - Ustaz Mohd Shukri bin Sidi Ahmad dipilih sebulat suara sebagai pengerusi KGS SEMESRA yang baru bagi tahun 2011 dalam pemilihan yang diadakan pada hari ini. Sumbangan tahunan ahli ditetapkan sebanyak RM50 bagi guru dan RM40 bagi staf. Berikut ialah senarai AJK KGS SEMESRA tahun 2011.
  • Pengerusi:En. Mohd Shukri bin Sidi Ahmad
  • Naib Pengerusi:Pn. Aznita binti Jaafar
  • Setiausaha:En. Ahmad Kamal bin Mohd Ali
  • Bendahari:Pn. Norhanisa binti Md. Amir
  • AJK:En. Abdul Rahman bin Sani
  •       En. Khoo Foo Ping
  •       En. Fadhlul Nizam bin Mhd Nazar 
  •       Pn. Norizan binti Abdul Rahman
  •       Pn. Mastura binti Abdullah

03 Januari, 2011

TETAPKAN VISI DAN JAGA PENAMPILAN DIRI


Isnin (03 Jan. 2011) - Pengetua SMK Seri Raub Tuan Hj. Abdullah bin Mohd Yusof menekankan kepada semua pelajar menetapkan visi dan menjaga penampilan diri tahun 2011 ini pada ucapan sulung beliau pada sesi persekolahan tahun 2011 di perhimpunan rasmi sekolah yang pertama

02 Januari, 2011

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI LAHIR HARI INI

PN. NORHASHEELA BINTI ZAINAL ABIDIN
HAPPY BIRTHDAY!!
Nota:Mulai tahun 2011, naskhahsemesra on line akan memaparkan nama guru yang menyambut hari lahir pada hari ini.

PENDAFTARAN PELAJAR BARU TINGKATAN 1


Ahad (2 Jan. 2011) - Pendaftaran baru pelajar tingkatan berlangsung di kantin sekolah bermula jam 9.30 pagi hingga 12 tengahari. Seramai 96 orang pelajar mendaftarkan diri pada tahun 2011 yang diagihkan kepada 4 kepada 4 kelas iaitu 1KAA, 1RK1, 1RK2 dan 1RK3.

01 Januari, 2011

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI LAHIR HARI INI

1.PN. HJH. ROZAINI BT ABD GHANI 
2.PN.AZNITA BINTI JAAFAR
HAPPY BIRTHDAY!!
Nota:Mulai tahun 2011, naskhahsemesra on line akan memaparkan nama guru yang menyambut hari lahir pada hari ini. Data terkini sedang diusahakan.

29 Disember, 2010

MESYUARAT HEM KALI PERTAMA

Rabu (29 Dis 2010) - Mesyuarat HEM Kali Pertama dijalankan di Bilik Gerakan jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari

28 Disember, 2010

MESYUARAT KURIKULUM, PANITIA DAN KOKURIKULUM KALI PERTAMA

Selasa (27 Dis 2010) - Mesyuarat Kurikulum dan Panitia dijalankan di Bilik Gerakan jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari. Mesyuarat Kokurikulum dijalankan jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.00 petang.

27 Disember, 2010

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA

Isnin (27 Dis 2010) - Mesyuarat Guru Kali Pertama dijalankan di Bilik Gerakan jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari

23 Disember, 2010

12 CALON MENDAPAT SEMUA A DALAM PMR 2010

10 daripada 12 calon yang mendapat semua A bergambar dengan pengetua, guru-guru dan ibu bapa

Khamis (23 Dis. 2010) - Seramai 12 orang calon PMR 2010 SEMESRA mendapat semua A dalam peperiksaan PMR 2010 yang keputusannya diumumkan pada hari ini. Pengetua SEMESRA Tn. Hj. Abdullah bin Mohd Yusof memaklumkan perkara tersebut dalam majlis penyampaian keputusan PMR pada hari ini di tapak perhimpunan sekolah jam 10 pagi ini. Tiga orang mendapat 9A, 6 orang mendapat 8A dan 3 orang mendapat 7A. SEMESRA mencatatkan GPS 1.47, meningkat berbanding tahun 2009.

22 Disember, 2010

SENARAI GURU 2011 & TAKWIM GURU BERTUGAS 2011

Maklumat senarai guru 2011 & takwim guru bertugas 2011 mengikut minggu boleh dirujuk melalui pautan menu utama di sebelah kiri

10 Disember, 2010

TARIKH MESYUARAT SESI SEKOLAH TAHUN 2011

1.Mesyuarat Guru 1/2011 - 27 Dis 2010 (Isnin)
2.Mesyuarat Kurikulum / Panitia 1/2011 - 28 Dis 2010 (Selasa)
3.Mesyuarat HEM 1/2011 - 29 Dis 2010 (Rabu)
4.Mesyuarat Kokurikulum 1/2011 - 30 Dis 2010 (Khamis)

Semua mesyuarat bermula jam 9.00 pagi

16 November, 2010

SENARAI GURU BERTUKAR KELUAR

GURU YANG BERTUKAR KELUAR
1.PN. HJH. NOOR KHAIZAN BT MOHAMAD - KE SMK(P) METHODIST RAUB
2.PN. ASIAH BINTI YAMIN - KE KUANTAN
3.EN. SOON PAI EE - KE KUANTAN

4.PN. WAN SYEIDA BINTI W MAT ALLI - KE NEGERI SEMBILAN




5.PN. ADLIN ROZIETA BINTI ZAKARIA - KE TEMERLOH


12 November, 2010

MAJLIS GRADUASI BERJALAN DENGAN JAYANYA

12 Nov. 2010 (Jumaat) - Majlis Graduasi SEMESRA kali pertama berjalan dengan jayanya dengan penyampaian anugerah disempurnakan oleh Dato' Wong Pang Seng selaku wakil rasmi Menteri Perlancongan Dato' Sri Ng Yen Yen. Laporan lanjut akan menyusul.

10 November, 2010

MAKLUMAT TERKINI JAMUAN TAHUNAN KELAB GURU DAN STAF 2010

TARIKH : 15 NOVEMBER 2010 (ISNIN)
MASA    :  8.00 MALAM
TEMPAT: KANTIN SEMESRA

09 November, 2010

PERTANDINGAN MEMBINA MODEL


Selasa (9 Nov. 2010) - Sempena Minggu Kem Membaca 1Malaysia pada minggu ini pertandingan membina model daripada bahan terbuang diadakan di tapak perhimpunan yang disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 4. Pertandingan bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 2.00 petang.

08 November, 2010

PELANCARAN KEMPEN MEMBACA 1MALAYSIA


Isnin (8 Nov. 2010) - Pelancaran Kempen Membaca 1Malaysia peringkat Sekolah telah dijalankan pada pagi tadi di tapak perhimpunan sekolah. Kempen bertemakan Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia telah dilancarkan oleh GPK HEM, Encik Zainal Abidin bin Eya yang mewakili Tuan Pengetua. Kempen tersebut akan berjalan dari 8 hingga 12 November 2010 dengan pelbagai program yang telah diatur oleh AJK Program.

03 November, 2010

MAJLIS GRADUASI KALI PERTAMA


Rabu (3 Nov. 2010) - Majlis Graduasi SEMESRA kali pertama yang dijadualkan pada 12 November ini (Jumaat) bakal mencatat sejarah SEMESRA apabila pelajar-pelajar tingkatan 5 dan PRA-U bakal menerima sijil masing sebagai tanda mereka menamatkan pembelajaran di sekolah ini. Tetamu kehormat pada majlis ini ialah Menteri Perlancongan yang juga Ahli Parlimen Raub YB. Dato' Sri Ng Yen Yen.

02 November, 2010

PEMANTAUAN BILIK PPDa OLEH JPNP



Selasa (2 Nov. 2010) - Dua orang pegawai daripada Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) telah meaakukan pemantauan ke bilik PPDa SEMESRA tengahari ini. Pegawai-pegawai tersebut yang turut diiringi oleh dua orang pegawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah Raub, En. Azman bin Sohor dan En. Syahir bin Azmir disambut dan diberi taklimat oleh Tuan Pengetua dan En. Mohd Azlan bin Tamsi selaku guru yang dipertanggungjawabkan untuk Bilik PPDa tersebut.

JUNGLE TRACKING & AKTIVITI MEMASAK

Selasa (2 Nov. 2010) - Pelajar-pelajar tingkatan 3 telah menjalani aktiviti Jungle Tracking di kawasan belakang Asrama sebagai salah satu aktiviti selepas PMR. Aktiviti tersebut turut disertai oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdullah GPK Kokurikulum Pn. Hjh Noorkhaizan bersama beberapa orang guru. Selepas itu pelajar-pelajar tersebut mengadakan aktiviti memasak di tapak perkhemahan sekolah.

01 November, 2010

NOVEMBER - BULAN PEPERIKSAAN

Isnin (1 Nov. 2010) - Tuan Pengetua SMK Seri Raub Tuan Haji Abdullah mengingatkan para pelajar tingkatan 1, 2, 4 dan PRA-U supaya menggunakan hari-hari persekolahan yang masih berbaki 11 hari lagi untuk bersedia menghadapi peperiksaan akhir tahun bagi tingkatan 1, 2, 4 dan PRA-U 1, SPM bagi tingkatan 5 dan STPM bagi PRA-U 2. Beliau juga mengingatkan semua pelajar mematuhi disiplin sekolah dari segi perbuatan, pakaian dan kebersihan. Itulah antara inti pati ucapan beliau pada perhimpunan pagi ini.