“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan
mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan
sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan
pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Para sahabat nabi risau kerana tidak
dapat berjihad dan beribadat seperti umat terdahulu, misalnya Bani Israel yang
berjihad selama 80 tahun. Lalu Allah menurunkan surah Al-Qadr untuk menenangkan
para sahabat nabi yang risau itu dan pahala beribadat pada malam itu lebih baik
dari 1000 bulan iaitu sekitar 84 tahun.
Al-Qadr [3] Malam Lailatul-Qadar lebih
baik daripada seribu bulan.
Al-Qadr [4] Pada Malam itu, turun
malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala
perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Malam itu tidak panas dan tidak sejuk
dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat
turun naik pada malam itu:
Sila klik menu Ihya Ramadhan di sebelah kiri untuk artikel seterusnya