Laman Blog Rasmi & Berita Terkini SMK Seri Raub, 27600 Raub Pahang naskhahsemesra.blogspot.com e-mail: cea6025.seriraub@gmail.com
VISI
VISI: PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
01 April, 2014
DIARI SEMESRA: OLAHRAGA MSSD: SEMESRA RAIH 2 EMAS, 2 PERAK, 9 GANGSA
Pasukan Olahraga SEMESRA berjaya meraih 2 pingat emas, 2 perak dan 9 gangsa dalam Kejohanana Olahraga MSSD pada 17 hingga 20 Mac 2014 yang lalu di Kompleks Rakan Muda, Dong. Pingat emas diperolehi oleh Siti Hajar binti Mokhtar dalam acara lompat tinggi P15 dengan memecahkan rekod Kejohanan (1.38M) dan Mohammad Amirul Alif bin Jamaludin dalam acara lontar tukul besi L15. Tahniah semua pemenang dan jurulatih.
| Pemenang pingat dalam Kejohanan Olaharga MSSD 2014 bersama-sama Tuan Pengetua, barisan GPK dan jurulatih |
DAIRI SEMESRA: SEMESRA JUARA BOLA TAMPAR PEREMPUAN MSSD
Pasukan bolatampar perempuan SEMESRA berjaya menjadi juara bola tampar MSSD buat kali pertama dalam sejarah setelah mengalahkan SMK Sungai Ruan secara secara straight set 26-24, 25-18 dan 25-10 dalam final kejohanan tersebut pada 20 Mac 2014 yang lepas. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan guru penasihat.
![]() |
| Foto sejurus bergelar juara |
| Bergambar bersama -sama Tuan Pengetua, barisan GPK & guru penasihat |
![]() |
| Pasukan lelaki berjaya ke separuh akhir. |
29 Mac, 2014
JADUAL BARU SEMESRA (BERMULA 1 APRIL 2014)
KEPADA SEMUA PELAJAR SEMESRA, ANDA BOLEH MENDAPATKAN JADUAL BARU PDP MENGIKUT KELAS YANG AKAN BERMULA PADA 1 APRIL 2014 (SELASA). (TERTAKLUK KEPADA PENGUMUMAN 31 MAC 2014 (ISNIN)) SILA KLIK PAUTAN JADUAL PDP 2014 DI SEBELAH KIRI.
20 Mac, 2014
DIARI SEMESRA: KEPUTUSAN SPM 2013: LIMA ORANG SEMUA A, GPS 3.20
SMK Seri Raub mencatat peningkatan prestasi dalam keputusan peperiksaan SPM 2013 apabila lima orang calon berjaya mendapat semua A berbanding seorang tahun 2012 dengan GPS 3.20 berbanding 3.59 pada tahun 2012 (meningkat 0.39. Selain mencatat sejarah bilangan tertinggi pelajar yang mendapat semua A mengatasi pencapaian 4 orang pada tahun 2010 keputusan kali ini juga mencatat sejarah apabila buat pertama kali seorang pelajar india dan seroang pelajar melayu lelaki berjaya mendapat semua A. Berikut ialah lima orang calon yang mendapat keputusan semua A.
| Chin Yi Hien memperolehi 11A (7A+ 4A) |
| Nur Syafika binti Iberahim memperolehi 9A (7A+ 2A) |
| Nurul Hanani binti Hasbuddin memperolehi 9A (5A+ 2A 2A-) |
| Prishantini A/P Sandreen memperolehi 9A (5A+ 1A 3A-) |
| Amirrudin Ismail bin Adlan Rahim memperolehi 9A (1A+ 6A 2A-) |
| Pelajar-pelajar yang mendapat semua A bersama-sama tuan pengetua, guru-guru dan ibu bapa Di bawah dipaparkan foto-foto suasana calon-calon mengambil keputusan masing-masing |
19 Mac, 2014
11 Mac, 2014
10 Mac, 2014
09 Mac, 2014
07 Mac, 2014
05 Mac, 2014
Langgan:
Catatan (Atom)





