VISI

VISI: PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

29 Oktober, 2010

PROGRAM BULAN BAHASA

1.Kem Membaca 10 Minit - setiap hari
2.Projek Kitar Semula - Membina model
   Tarikh  : 9/11/2010 (Selasa) 
   Masa   : 8.00 pagi
   Tempat: Kantin
   Peserta: Pelajar tingkatan 3
3.Pertandingan Pidato & Public Speaking
   Tarikh  : 10/11/2010 (Rabu)
   Masa   : 8.00 pagi
   Tempat: Tapak Perhimpunan
   Peserta: Pelajar Tingkatan 3

Oleh: Chin Pei Hong & Chang Kim Voon 4ICT

27 Oktober, 2010

BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Pelajar-pelajar SEMESRA sedang tekun membaca semasa program Kem Membaca 1Malaysia sempena Bulan Bahasa Kebangsaan

25 Oktober, 2010

FOTO HARI INI: LOMPATAN SAUJANA

Pelajar-pelajar tingkatan 5RC memberikan pose istimewa sebelum menduduki peperiksaan SPM November nanti. foto: En. Redzuan

21 Oktober, 2010

MESYUARAT AGUNG KOPERASI SMK SERI RAUB BERHAD

Tuan Pengetua sedang mempengerusikan Mesyuarat Agung Koperasi

Khamis (21 Okt. 2010) - Mesyuarat Agung Koperasi SMK Seri Raub Berhad telah berjalan dengan lancar pada hari ini bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 4.05 petang. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Suruhanjaya Koperasi Daerah Raub sebagai pegawai pemantau.

OLEH: UMI NADILA BINTI AMZAM, 4ICT. 

SESI FOTOGRAFI UNIT-UNIT KOKURIKULUM BERJALAN LANCAR

 Salah satu Kelab di SEMESRA - Kelab Teater
Khamis (21 Okt. 2010) - Sesi fotografi Persatuan & Kelab serta Unit Sukan & Permainan berjalan dengan lancar. Sesi yang bermula jam 7.30 pagi tamat jam 8.05 pagi.

CUTI BERGANTI & CUTI PERISTIWA HARI RAYA AIDIL ADHA

Cuti Berganti & Cuti Peristiwa - Khamis 18 Nov. 2010 & Jumaat 19 Nov. 2010
Tarikh persekolahan ganti : 30 Okt. 2010 (terkini)
Tarikh Akhir Persekolahan : 16 Nov. 2010 (Selasa)

20 Oktober, 2010

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI KALI KE-6

Dengan hormatnya dimaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMK Seri Raub akan diadakan pada:

Tarikh       : 21 Oktober 2010 (Khamis)
Masa        : 3.00 petang
Tempat     : Dewan Makan Asrama SMK Seri Raub

SESI FOTOGRAFI PERSATUAN & KELAB DAN SUKAN & PERMAINAN

Tarikh    : 21 Oktober 2010 (Khamis)
Masa      : 7.30 pagi
Tempat : Kantin Sekolah

Untuk menjimatkan masa sesi fotografi akan dijalankan serentak. Guru penasihat bebas memilih lokasi di dalam atau di sekitar kantin dan foto akan diambil apabila guru penasihat dan AJK unit tersebut sudah bersedia.

19 Oktober, 2010

MUAT TURUN (DOWNLOAD) FOTO

Pengunjung Laman Web ini boleh memuat turun foto Guru, Pengawas, Pengawas PSS, Biro Asrama dan Staf Sokongan melalui pautan menu GALERI FOTO SEMESRA disebelah kiri anda.

Editor

18 Oktober, 2010

MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM


Isnin (18 Okt. 2010) - Majlis Anugerah Kokurikulum SEMESRA telah diadakan pada hari ini bertempat di tapak perhimpunan sekolah. Majlis ini bertujuan memberikan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah memberikan sumbangan dalam bidang Kokurikulum. Semua AJK Badan Beruniform, Kelab & Persatuan dan Unit Sukan & Permainan menerima sijil-sijil penghargaan dalam majlis ini. Anugerah Tokoh Kokurikulum Sekolah telah dianugerahkan kepada Muhamad Fauzi bin Khamis (5ICT) dan Siti Rahmah binti Pairon (5BIO1)


Oleh:Hasnuramalina bt Abdul Mutalib 4ICT

16 Oktober, 2010

PEPERIKSAAN PTK

Hari ini (Sabtu 16 okt. 2010) merupakan hari peperiksaan PTK untuk sebahagian guru yang perlu dan layak mengambil peperiksaan tersebut. Mengikut pengumuman PM dalam pembentangan bajet semalam mulai tahun depan PTK akan dimansuhkan.

15 Oktober, 2010

SESI FOTOGRAFI BERJALAN LANCAR

 Pengarah fotografi, En. Azlan sedang mengarahkan guru-guru mengambil tempat yang ditetapkan

Sesi fotografi telah berlangsung pada hari ini (Jumaat 15 Okt. 2010). Sesi tersebut melibatkan guru-guru, Badan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber, Biro Asrama dan staf sokongan SMK Seri Raub. Sesi fotografi tersebut bermula pada pukul 7.30 pagi sejurus selepas program bacaan surah Yasin di kantin sekolah. Anda boleh memuat turun gambar-gambar tersebut di blog ini mulai minggu hadapan.



OLEH:UMI NADILA BINTI AMZAM, 4ICT.

14 Oktober, 2010

PEMANTAUAN BILIK PPDa


Khamis (14 Okt. 2010) - Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Raub telah membuat pemantauan Bilik PPDa SEMESRA melalui En. Azman bin Sohor. Beliau telah diiringi oleh Tuan Haji Abdullah (Pengetua), Encik Zainal Abidin (GPK HEM) dan Encik Mohd Azlan.

13 Oktober, 2010

MAKLUMAN: SESI FOTOGRAFI

SESI FOTOGRAFI UNTUK GURU, STAF SOKONGAN, PENGAWAS, AJK PUSAT SUMBER DAN BIRO ASRAMA akan dadakan mengikut ketetapan berikut:

TARIKH  : 15 OKTOBER 2010 (JUMAAT)
WAKTU  : 7.30 PAGI - GURU (GURU LELAKI - BAJU KEBANGSAAN)
                                    - PENGAWAS
                                    - AJK PUSAT SUMBER
                                    - BIRO ASRAMA
             8.00 PAGI     - STAF SOKONGAN
 
SEKIAN DIMAKLUMKAN

        

AKTIVITI SELEPAS PMR

Selepas peperiksaan PMR pelajar-pelajar tingkatan 3 bermula hari ini (Rabu 13 Oktober 2010) akan mengikuti program-program yang telah di susun oleh pihak sekolah antara program-program tersebut ialah asas mata pelajaran teras tingkatan 4, persembahan, permainan, gotong-royong dan lawatan.Laporan selanjutnya akan menyusul.
Oleh:
Nor Faziera 4ICT

12 Oktober, 2010

MESYUARAT GURU KALI KE-5


12 Okt 2010 (Selasa) - Buat pertama kali Pengetua SMK Seri Raub, Tuan Haji Abdullah bin Mohd Yusof mempengerusikan mesyuarat guru SEMESRA yang ke-5 sejak beliau memulakan tugas sebagai Pengetua. Mesyuarat antara lain membincangkan hal-hal Kurikulum, HEM, Kokurikulum dan Majlis Graduasi. Mesyuarat bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 5.30 petang.

11 Oktober, 2010

HALA TUJU SELEPAS PEPERIKSAAN

11 Oktober 2010 (Isnin) - Tema perhimpunan mingguan pada minggu ini ialah Hala Tuju Selepas Peperiksaan oleh Puan Zaharah binti Mamat. Antara inti pati ucapan beliau ialah:
  • mereka yang berjaya pernah gagal
  • sekali gagal bukan selamanya gagal
  • teknik yang sistematik
  • berusaha secara berterusan dan kolektif
  • doa dan tawakal
Oleh: Hasnur Amalina binti Abd Mutalib 4ICT

06 Oktober, 2010

JALAN SENGSARA ATAU JALAN BAHAGIA


06/10/2010 (Rabu)- Bilik PPDa telah diwujudkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Raub untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang bahayanya jika terjerumus dalam gejala dadah. Bilik ini yang masih dalam proses pengubahsuaian diusahakan oleh Encik Mohd Azlan bin Tamsi (Guru Pendidikan Seni), Puan Norizan binti Abdul Rahman (Kaunselor), guru-guru yang lain bersama pelajar-pelajar. Bilik ini akan menyertai pertandingan bilik PPDa peringkat daerah dan negeri.

oleh:
Siti Azian binti Shafei. 4ICT

05 Oktober, 2010

PERJUANGAN PMR BERMULA

Tarikh 5 Oktober (Selasa) - Pengetua SEMESRA Tuan Haji Abdullah sedang memberikan pesanan kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 sebelum mereka masuk ke dewan peperiksaan untuk menduduki peperiksaan PMR.

PENGGUNAAN PERAKAM WAKTU "SMART CARD"


Mulai 5 Oktober 2010 (selasa) guru-guru dan staf sokongan SEMESRA telah menggunakan perakam waktu berbentuk "smart card" untuk merakam waktu kehadiran dan waktu balik ke sekolah. Inovasi ini diperkenalkan oleh Tuan Pengetua untuk memudahkan pengesanan dan catatan rekod kehadiran dan waktu balik guru-guru dan staf sokongan SEMESRA.

04 Oktober, 2010

PERHIMPUNAN PERTAMA BERSAMA PENGETUA BARU


Tarikh 04/10/2010 (Isnin) -Antara pesanan tuan pengetua - para pelajar perlu menambah ilmu dengan mencatat sekiranya menginginkan kecemerlangan - Penampilan, pencapaian, tutur kata dan pemikiran warga elit SEMESRA harus bercirikan Islam. Para pelajar juga dinasihatkan sedar diri dan berubah untuk kebaikan- Bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 8.15 pagi

Oleh:
Hasnur Amalina binti Abd Mutalib 4ICT

02 Oktober, 2010

JAMUAN HARI RAYA

Tarikh 02/10/2010 (Sabtu) - turut dihadiri oleh YDP PIBG  En. Nor Azmi bin Mohd Noor bersama Pengetua, guru-guru, staf-staf sokongan dan para pelajar. Semua pelajar dibenarkan memakai pakaian kebangsaan, baju hari raya dan baju perayaan untuk pelajar cina dan india. Pelbagai juadah telah disediakan.-Bermula jam12.00 tengahari sehingga tamat sesi persekolahan

Oleh: Hasnur

01 Oktober, 2010

MAJLIS RESTU ILMU PMR


Tarikh 01/10/2010 (Jumaat) - turut dihadiri oleh YDP PIBG En. Nor Azmi bin Mohd Nor bersama Tuan Pengetua Tn. Hj Abdullah bin Mohd Yusof dan guru-guru PMR - Bermula Jam 7.30 dan berakhir 9.30 pagi.