VISI

VISI: PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

30 Mac, 2011

BERITA SEMESRA DALAM SINAR HARIAN HARI INI

Nota: Ini adalah entri ke-100 dalam ruangan maklumat semasa NASKHAH SEMESRA ON LINE sejak diterbitkan pada 24 september 2010

STAF SOKONGAN YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI LAHIR HARI INI

PN. ROSIAH BINTI SARMAN
SELAMAT HARI LAHIR!!!

29 Mac, 2011

TAHNIAH KEPADA PENERIMA APC TAHUN 2010

Tahniah kepada semua guru dan staf sokongan SEMESRA yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2010. Mereka ialah:
  1. En. Khoo Foo Ping (Penyelaras Kokurikulum Pra-U)
  2. Pn. Sapura binti Mohd Suhaimi (GKMP Sains & Matematik)
  3. En. Mohd Shukri bin Sidi Ahmad (Guru Perpustakaan & Media)
  4. Cik Nurul Ainshah bin Awang Kechik (Guru Penolong)
  5. Pn. Hjh Noriah binti Suboh (Staf Sokongan)

28 Mac, 2011

Perlantikan Pengawas Pusat Sumber


Isnin (28 Mac 2011) - Seramai sembilan orang pelajar dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber SEMESRA yang baru dalam perhimpunan rasmi mingguan sekolah hari ini. Perlantikan disempurnakan oleh Tuan Pengetua SEMESRA.

DADAH SINTETIK LEBIH BAHAYA!


Isnin (28 Mac 2011) - Trend terkini menunjukkan penyalahgunaan dadah sintetik lebih meluas dikalangan penagih dadah berbanding dadah asli. Dadah sintetik yang terbaru adalah jenis ATS disamping dadah sintetik sedia ada seperti syabu. Dadah sintetik amat berbahaya kerana boleh menyebabkan kerosakan otak yang kekal. Pernyataan ini dijelaskan dalam perutusan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Pahang sempena minggu kempen anti dadah peringkat sekolah yang dibacakan oleh Guru SLAD En. Mohd Sabri bin Salleh dalam perhimpunan rasmi mingguan hari ini. Trend terkini juga menunjukkan purata umur penagihan dadah turun sehingga serendah 13 tahun berbanding 19-39 tahun sebelum ini.

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI LAHIR HARI INI

EN. ABDUL RAHAMAN BIN MOHAMED
SELAMAT HARI LAHIR!!!

26 Mac, 2011

EN. ABD. RAUF BIN A. SAMAD DIPILIH YDP PIBG YANG BARU

 
Sabtu (26 Mac 2011) - En. Abd. Rauf bin A. Samad dipilih sebagai Yang Dipertua PIBG SEMESRA yang baru menggantikan En. Nor Azmi bin Mohd Nor dalam mesyuarat Agung PIBG SEMESRA yang ke-9 hari ini. En. Arizmi bin Abu pula dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua. Selepas mesyuarat tersebut dilangsungkan pula Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ke-9 yang dirasmikan oleh Datuk Abdul Aziz bin Kiram ADUN Batu Talam.

FOTO-FOTO MESYUARAT PIBG DAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK KE-9


 Barisan AJK PIBG sesi 2011 yang baru dipilih.
Pelajar-pelajar yang menerima anugerah bergambar bersama tetamu kehormat.

25 Mac, 2011

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI LAHIR HARI INI

PN. HJH KAMSIAH BINTI KAMARUDIN
SELAMAT HARI LAHIR!!!

23 Mac, 2011

SPM 2010: EMPAT ORANG PELAJAR MENDAPAT SEMUA A

5 orang pelajar cemerlang SEMESRA bergambar bersama tuan pengetua, guru-guru dan ibu bapa selepas menerima keputusan SPM masing-masing 


Rabu (23 Mac 2010) - Empat orang pelajar SEMESRA berjaya mendapat semua A dalam peperiksaan SPM 2010 iaitu:
  1. Norsyafikah binti Mohamad Ripin 10A (5A+ 4A 1A-)
  2. Siti Nabilah binti Zamri 9A (5A+ 3A 1A-)
  3. Nur Syafiqah binti Sidek 9A (3A+ 4A 2A-)
  4. Noorul Anis binti Mohamed Ali 9A (2A+ 7A)  
Seorang lagi pelajar Ahmad Shafadzil bin Ibrahim berjaya mendapat 7A 2B.

21 Mac, 2011

KEPUTUSAN SPM 2010 DIJANGKA 23 MAC 2011

Isnin (21 Mac 2011) - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 dijangka diumumkan pada 23 Mac 2011 (Rabu). Majlis penyampaian keputusan SPM tersebut kepada pelajar-pelajar cemerlang SEMESRA akan diadakan pada hari yang sama jam 11.00 pagi di tapak perhimpunan

20 Mac, 2011

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI LAHIR HARI INI

CIK HJH RODEYAH BINTI AHMAD (GPK 1)
SELAMAT HARI LAHIR!!!

16 Mac, 2011

SUAMI PUAN SAPURA MENINGGAL DUNIA

Rabu (16 Mac 2011) - Suami Puan Sapura binti Mohamed Suhaimi, Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik SEMESRA meninggal dunia malam tadi (Selasa malam Rabu). Jenazahnya akan dikebumikan di Kampung Jelu.

11 Mac, 2011

EN. HALIM ANUAR BIN ISA BEKAS GURU SEMESRA MENINGGAL DUNIA

Jumaat (11 Mac 2011) - En. Halim Anuar bin Isa bekas guru SEMESRA (berdiri tiga dari kiri) pada tahun 2002, meninggal dunia malam tadi (Khamis malam Jumaat) lebih kurang jam 10.00 malam. Allahyarham bertugas di SMK Mahmud.

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI LAHIR HARI INI

EN. MUHAMMAD NASIR BIN MOHD NAHURI
SELAMAT HARI LAHIR!!!

10 Mac, 2011

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI LAHIR HARI INI

PN.SAKILAH BINTI MANSOR
SELAMAT HARI LAHIR!!!

05 Mac, 2011

GUNAKAN ISTILAH PEMBELAJARAN & PENGAJARAN UNTUK P&P


Sabtu (5 Mac 2011) - Para guru diminta menggunakan istilah pembelajaran dan pengajaran untuk P&P menggantikan pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Nazir Sekolah cawangan Raub, Encik Leong Kai San ketika menyampaikan slot Latihan Dalam Perkhidmatan di SEMESRA hari ini.

01 Mac, 2011

DARI GALERI SEJARAH SEMESRA: STAF AKADEMIK 2004

Duduk dari kiri: Cik Hjh. Normadiah binti Ismail, Pn. Norazura binti Alang Mohamad Ali, En. Abdul Rahman bin Sani, En. Zahari bin Othman, En. Lukman Yatimi bin Ahmad (GPK Pentadbiran), En. Ang Seng Huat (Pengetua) En. Zainal Abidin bin Eya (GPK Kokurikulum), Pn. Zaharah binti Mamat (GPK HEM), Pn. Rafiah binti Jaafar, Pn. Emelia Zuraini binti Abdul Rahman, Pn. Noor Azizah binti Husin, Cik Hjh Rodzita binti Ismail.Berdiri dari kiri: Cik Koh Chiew May, Pn. Rosliza binti Ismail, Cik Afilla binti Abdullah, Cik Azryati binti Abdul Jabar, Pn. Sakilah binti Mansur, Pn. Salma binti Sallehudin, En. Ab. Karim bin Abdullah, En. Wahab bin Mohd, En. Muhamad Fauzi bin Abdul Rahim, En. Kamarazman bin Kassim, En. Saiful Mizam bin Mohamad, En. Muhamad Ridzwian bin Ishak, En. Goh Hong Yih, En. Tajorudin bin Abdul Rahman, En. Khairul Amin bin Mohd Ali, En. Mohd Shukri bin Sidi Ahmad