VISI

VISI: PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

28 Februari, 2011

DARI GALERI SEJARAH SEMESRA: STAF AKADEMIK 2003


Duduk dari kiri: En. Tajorudin bin Abdul Rahman, En. Abdul Rahman bin Sani, En. Zahari bin Othman (Kaunselor), En. Zainal Abidin bin Eya (GPK Kokurikulum),  En. Lukman Yatimi bin Ahmad (GPK Pentadbiran), En. Ang Seng Huat (Pengetua), Pn. Zaharah binti Mamat (GPK HEM), Cik Mazlihan binti Mat Bakar Pn. Rafiah binti Jaafar, Cik Hjh Normadiah binti Ismail, Puan Rozana binti Mujari
Berdiri dari kiri: En. Muhamad Ridzwian bin Ishak En. Khoo Foo Ping, En. Wahab bin Mohd, En. Kamarazman bin Kassim, En. Muhamad Fauzi bin Abdul Rahim, Cik Rosanila binti Ramli, Cik Fazilah binti Mat Piah, Cik Koh Chiew May, Pn. Noor Azizah binti Husin, Pn. Sapiah binti Ibrahim

27 Februari, 2011

BERITA KEJAYAAN STPM SEMESRA DALAM SINAR HARIAN HARI INI

Ahad (27 Feb. 2011) - Berita kejayaan STPM SEMESRA disiarkan dalam akhbar Sinar Harian hari ini di muka surat P6 memaparkan wajah Chan Wai Keat, Tuan Pengetua, GPK Pra-U, Penyelaras Koku Pra-U dan Guru mata pelajaran Fizik Pra-U. Paparan halaman tersebut akan disiarkan dalam laman ini nanti.

25 Februari, 2011

KERANA SEBUTIR PIL HIDUP ANDA BOLEH MUSNAH!

Jumaat (25 Feb. 2011) - "Kerana sebutir pil, hidup anda boleh musnah." demikian pesanan Tuan Zulkifli, pegawai PDRM dari ibu pejabat Polis Daerah Raub ketika menyampaikan ceramah keselamatan di kantin sekolah hari kepada semua pelajar SEMESRA. Apakah pil tersebut? Antaranya ialah pil dadah seperti ketamin yang membawa ketagihan yang amat sukar untuk dipulihkan atau pil khayal yang digunakan oleh lelaki untuk memerangkap gadis yang terjerumus dalam pergaulan bebas.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


Jumaat (25 Feb. 2011) - Majlis sambutan Maulidur Rasul diadakan pada hari ini bertempat di kantin sekolah dengan pengisian persembahan nasyid, salawat dan ceramah oleh Ustaz Asmadi dari PUSPEN Kundang Patah.

24 Februari, 2011

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS FASA 1


Khamis (24 Feb.) - Kursus kepimpinan Pengawas Fasa 1 telah diadakan pada jam 7.30 pagi hingga 2.30 petang meliputi ceramah, LDK dan pembentangan

MAKLUMAN KEPADA SEMUA GURU DAN STAF

PROGRAM BIJAK TAJWID (YAASIN)

Akan diadakan pada setiap hari jumaat ,
Jam 7.00 pagi.

Kehadiran guru dan staf dalam program tersebut iaitu pada setiap hari Jumaat sepanjang tahun 2011
Bermula 25 Februari  2011  akan dikira sehari untuk latihan dalam perkhidmatan (LADAP) tahun 2011.

Bagi guru bukan beragama Islam pula,
Program pendidikan moral bersama para pelajar bukan beragama Islam yang dijalankan pada tarikh dan masa yang sama sepanjang tahun 2011, juga dikira sebagai sehari  LADAP untuk tahun 2011.

(Catatan: kepada guru yang menguruskan program Bijak Tajwid dan program Pendidikan Moral pada setiap hari Jumaat sepanjang tahun 2011, sila serahkan bahan edaran kepada setiausaha LADAP )


GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI LAHIR HARI INI

EN. AHMAD KAMAL BIN MOHAMAD ALI
SELAMAT HARI LAHIR!!!

23 Februari, 2011

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI LAHIR HARI INI

PN. NORAZRINA BINTI ZULKEFLI
SELAMAT HARI LAHIR!!!

21 Februari, 2011

CHAN WAI KIAT PELAJAR TERBAIK STPM 2010 SEMESRA & DAERAH RAUB


Isnin (21 Feb. 2011) - Chan Wai Kiat menjadi pelajar terbaik STPM 2010 SMK Seri Raub & Daerah Raub apabila berjaya mendapat 4A dan PNGK 4.00 dalam peperiksaan tersebut iaitu dalam mata pelajaran Pengajian AM, Fizik, Kimia dan Matematik T. SMK Seri Raub berjaya mendapat PNGK keseluruhan 2.73 berbanding 2.67 pada tahun 2009. Turut berjaya mendapat keputusan yang cemerlang ialah Soh Kwee Geok (3A 1B; PNGK 3.67), Siti Nor Isma (3A 1B; PNGK 3.67), Tan Yee Kwan (2A 2B; PNGK 3.50) dan Vikneswaran A/L Bakianathan (2A 2B; PNGK 3.50),

20 Februari, 2011

STAF SOKONGAN YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI LAHIR HARI INI

PN. NORHAZIAN BINTI ABDUL AZIZ
SELAMAT HARI LAHIR!!!

19 Februari, 2011

RUMAH PENDEKAR (KUNING) JOHAN KESELURUHAN OLAHRAGA KE-8

Aksi acara pecut 80 meter guru yang dimenangi oleh En. Sufi (Rumah Pendekar)

Sabtu (19 Feb. 2011) - Rumah Sukan Pendekar (Kuning) berjaya mengekalkan kejuaraan Olahraga Tahunan kali ke-8 SEMESRA buat kali keempat berturut-turut dalam kejohanan olahraga kali-ke-8 hari ini. Tempat kedua jatuh kepada rumah Pahlawan (Biru), ketiga Perkasa (Hijau) dan keempat Perwira (Merah). Kejohanan kali ini dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Raub Encik Halim bin Salleh yang mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Raub

14 Februari, 2011

VIDEO AKSI PECAH REKOD LOMPAT TINGGI L18 1.73 METER

FOTO-FOTO PRA KEJOHANAN OLAHRAGA 14 FEB 2011

Lompat tinggi ala lari lompat pagar berhalangan

Mohd Aliff Ijaz memecahkan rekod kejohanan lompat tinggi lelaki B18 dengan ketinggian 1.73 meter
Aksi peserta lempar cakera 

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI LAHIR HARI INI

1.EN. MUHAMAD FAUZI BIN ABDUL RAHIM
2.EN. MOHD AZLAN BIN TAMSI
HAPPY BIRTHDAY!!
Nota:Mulai tahun 2011, naskhahsemesra on line akan memaparkan nama guru yang menyambut hari lahir pada hari ini.

12 Februari, 2011

DARI GALERI SEJARAH SEMESRA: STAF AKADEMIK 2002

Duduk dari kiri: Pn. Rosliza binti Ismail, Cik Mazlihan binti Mat Bakar, Pn. Zaharah binti Mamat (GPK HEM), En. Lukman Yatimi bin Ahmad
(GPK Pentadbiran/Pemangku Pengetua), En. Zainal Abidin bin Eya (GPK Kokurikulum), Pn. Rafiah binti Jaafar, Cik Hjh Normadiah binti Ismail.
Berdiri dari kiri: En. Abdul Rahman bin Sani, En. Zahari bin Othman (Kaunselor), En. Halim Anuar bin Isa, En. Wahab bin Mohd, En. Muhamad Ridzwian bin Ishak, En. Tajorudin bin Abdul Rahman

07 Februari, 2011

EMPAT GURU PELATIH MENJALANI PRAKTIKUM DI SEMESRA

Isnin (7 Feb. 2011) - Seramai 4 orang guru praktikum dari UPSI menjalani praktikum di SEMESRA mulai hari ini sehingga 20 Mei 2011. Mereka ialah
  1. Cik Noor Imani binti Abdul Manaf (Geografi)
  2. Nor Faizan binti Yasak (Geografi)
  3. En. Chee Chang Choi (Biologi)
  4. En. Yip Bao Shin (Biologi)

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS BARU

Isnin (7 Feb. 2011) - Majlis penyampaian watikah perlantikan pengawas baru SEMESRA disempurnakan oleh Tuan Pengetua semasa perhimpunan rasmi mingguan.

06 Februari, 2011

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI LAHIR HARI INI

EN. MOHD SABRI BIN SALLEH
HAPPY BIRTHDAY!!
Nota:Mulai tahun 2011, naskhahsemesra on line akan memaparkan nama guru yang menyambut hari lahir pada hari ini.