VISI

VISI: SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI 2020

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH




Photo Cube Generator


Dengan keluasan seluas 35 ekar, Sekolah Menengah kebangsaan Seri Raub, atau ringkasnya SEMESRA, mula mengambil ambilan pertama sesi persekolahannya, dengan 186 pelajar perintis pada 2 Januari 2002. Pelajar-pelajar merupakan kumpulan pelajar yang berasal dari fidder schools, SK Gali dan SK Ulu Gali. Pada tahun diasaskan, SEMESRA mempunyai seramai 13 tenaga akademik, dengan diketuai oleh En. Lukman Yatimi bin Ahmad selaku Pemangku Pengetua, bersama lima staf sokongan sebagai tunjang utama bagi mendidik kumpulan pelajar yang terdiri daripada dua kelas rancangan khas, satu kelas aliran agama (dengan tambahan mata pelajaran  bahasa arab) dan dua kelas aliran biasa. Sehinggalah pada 1 Jun 2003, SEMESRA menerima pengetua pertamanya, iaitu En. Ang Seng Huat yang menerajui sekolah ini sehingga Disember 2004. Sebagai sebuah Sekolah ‘Seri’, SEMESRA ke arah Sekolah Bestari dan mulai tahun 2004, ambilan pelajar adalah berasaskan kecemerlangan akademik sepenuhnya bagi menampung pelajar cemerlang dari dalam dan luar daerah ini