VISI

VISI: PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

16 November, 2010

SENARAI GURU BERTUKAR KELUAR

GURU YANG BERTUKAR KELUAR
1.PN. HJH. NOOR KHAIZAN BT MOHAMAD - KE SMK(P) METHODIST RAUB
2.PN. ASIAH BINTI YAMIN - KE KUANTAN
3.EN. SOON PAI EE - KE KUANTAN

4.PN. WAN SYEIDA BINTI W MAT ALLI - KE NEGERI SEMBILAN




5.PN. ADLIN ROZIETA BINTI ZAKARIA - KE TEMERLOH


12 November, 2010

MAJLIS GRADUASI BERJALAN DENGAN JAYANYA

12 Nov. 2010 (Jumaat) - Majlis Graduasi SEMESRA kali pertama berjalan dengan jayanya dengan penyampaian anugerah disempurnakan oleh Dato' Wong Pang Seng selaku wakil rasmi Menteri Perlancongan Dato' Sri Ng Yen Yen. Laporan lanjut akan menyusul.

10 November, 2010

MAKLUMAT TERKINI JAMUAN TAHUNAN KELAB GURU DAN STAF 2010

TARIKH : 15 NOVEMBER 2010 (ISNIN)
MASA    :  8.00 MALAM
TEMPAT: KANTIN SEMESRA

09 November, 2010

PERTANDINGAN MEMBINA MODEL


Selasa (9 Nov. 2010) - Sempena Minggu Kem Membaca 1Malaysia pada minggu ini pertandingan membina model daripada bahan terbuang diadakan di tapak perhimpunan yang disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 4. Pertandingan bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 2.00 petang.

08 November, 2010

PELANCARAN KEMPEN MEMBACA 1MALAYSIA


Isnin (8 Nov. 2010) - Pelancaran Kempen Membaca 1Malaysia peringkat Sekolah telah dijalankan pada pagi tadi di tapak perhimpunan sekolah. Kempen bertemakan Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia telah dilancarkan oleh GPK HEM, Encik Zainal Abidin bin Eya yang mewakili Tuan Pengetua. Kempen tersebut akan berjalan dari 8 hingga 12 November 2010 dengan pelbagai program yang telah diatur oleh AJK Program.

03 November, 2010

MAJLIS GRADUASI KALI PERTAMA


Rabu (3 Nov. 2010) - Majlis Graduasi SEMESRA kali pertama yang dijadualkan pada 12 November ini (Jumaat) bakal mencatat sejarah SEMESRA apabila pelajar-pelajar tingkatan 5 dan PRA-U bakal menerima sijil masing sebagai tanda mereka menamatkan pembelajaran di sekolah ini. Tetamu kehormat pada majlis ini ialah Menteri Perlancongan yang juga Ahli Parlimen Raub YB. Dato' Sri Ng Yen Yen.

02 November, 2010

PEMANTAUAN BILIK PPDa OLEH JPNP



Selasa (2 Nov. 2010) - Dua orang pegawai daripada Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) telah meaakukan pemantauan ke bilik PPDa SEMESRA tengahari ini. Pegawai-pegawai tersebut yang turut diiringi oleh dua orang pegawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah Raub, En. Azman bin Sohor dan En. Syahir bin Azmir disambut dan diberi taklimat oleh Tuan Pengetua dan En. Mohd Azlan bin Tamsi selaku guru yang dipertanggungjawabkan untuk Bilik PPDa tersebut.

JUNGLE TRACKING & AKTIVITI MEMASAK

Selasa (2 Nov. 2010) - Pelajar-pelajar tingkatan 3 telah menjalani aktiviti Jungle Tracking di kawasan belakang Asrama sebagai salah satu aktiviti selepas PMR. Aktiviti tersebut turut disertai oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdullah GPK Kokurikulum Pn. Hjh Noorkhaizan bersama beberapa orang guru. Selepas itu pelajar-pelajar tersebut mengadakan aktiviti memasak di tapak perkhemahan sekolah.

01 November, 2010

NOVEMBER - BULAN PEPERIKSAAN

Isnin (1 Nov. 2010) - Tuan Pengetua SMK Seri Raub Tuan Haji Abdullah mengingatkan para pelajar tingkatan 1, 2, 4 dan PRA-U supaya menggunakan hari-hari persekolahan yang masih berbaki 11 hari lagi untuk bersedia menghadapi peperiksaan akhir tahun bagi tingkatan 1, 2, 4 dan PRA-U 1, SPM bagi tingkatan 5 dan STPM bagi PRA-U 2. Beliau juga mengingatkan semua pelajar mematuhi disiplin sekolah dari segi perbuatan, pakaian dan kebersihan. Itulah antara inti pati ucapan beliau pada perhimpunan pagi ini.