Suasana P&P mata pelajaran Biologi 5 Biologi Pn. Hjh Rozaini bt Abd Ghani
Laman Blog Rasmi & Berita Terkini SMK Seri Raub, 27600 Raub Pahang naskhahsemesra.blogspot.com e-mail: cea6025.seriraub@gmail.com
VISI
VISI: PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
29 Mei, 2011
27 Mei, 2011
23 Mei, 2011
19 Mei, 2011
GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI LAHIR HARI INI
TUAN PENGETUA, TN. HJ. ABDULLAH BIN MOHD YUSOF
SELAMAT HARI LAHIR!!!
18 Mei, 2011
16 Mei, 2011
SELAMAT HARI GURU
Isnin - Dengan tema 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara', sambutan Hari Guru peringkat sekolah berlangsung dengan meriah hari ini. Dimulakan dengan perhimpunan khas pada sebelah pagi, sukan selepasnya, majlis sambutan diakhiri dengan persembahan guru dan pelajar selepas rehat. Dipaparkan foto-foto majlis sambutan hari guru tersebut mengikut turutan di bawah
Bacaan perutusan KPM & Menteri Pelajaran
Upacara memotong kek Hari Guru
Pemberian hadiah kepada pengetua dan guru-guru
akan bersambung dengan lebih banyak foto!
12 Mei, 2011
IMBASAN HARI GURU
Sempena Hari Guru pada hari Isnin 16 Mei minggu depan, mari kita mengimbas kembali hari guru tahun-tahun lepas
Hari Guru 2010 - rasmi
Hari Guru 2009 - batik
Hari 2008 - kebangsaan
Hari Guru 2007 - rasmi dan kasual
Hari Guru 2006 - kebangsaan + rasmi + sukan
Hari Guru 2011 - ?
11 Mei, 2011
INFO: PEMBESTARIAN PENDIDIKAN
Majlis Perasmian Program Pembestarian Sekolah Daerah Raub yang disempurnakan oleh Tn. Hj Raauf bin Hj. Jali, Ketua Penolong Pengarah BTPN Pahang hari ini di SK Raub Indah yang turut dihadiri oleh Tuan Pengetua SEMESRA.
Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, bestari bermaksud beroperasi berbantukan ICT dan sebagainya (dalam konteks sistem sekolah dan sebagainya). Pembestarian pendidikan bermaksud pembudayaan penggunaan teknologi (tidak semestinya Teknologi Maklumat) dalam Pengajaran & Pembelajaran.
09 Mei, 2011
CATATAN KOKURIKULUM: SILAT- TEMPAT KETIGA DALAM TIGA KATEGORI
Pasukan silat SEMESRA yang mewakili Daerah Raub dalam pertandingan silat peringkat negeri berjaya menduduki tempat ketiga dalam tiga kategori iaitu Seni Tempur Silat Puteri, Seni Masal Puteri dan Jurus Wajib Putera dalam pertandingan yang diadakan pada 3 hingga 5 Mei lalu di SMK Panglima Garang Abdul Samad, Benta, Kuala Lipis. Pasukan ini yang diwakili oleh pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 dilihat berpotensi untuk menyerlah pada masa akan datang.
LIMA GURU PELATIH MENJALANI PRAKTIKUM DI SEMESRA MULAI HARI INI
Isnin - Seramai 5 orang guru praktikum dari UPSI menjalani praktikum di SEMESRA mulai hari ini sehingga 26 Ogosi 2011. Mereka ialah
- En. Mohd Rahimi bin Abdul Manaf
- En. Mohd Saiful Faizal bin Mohd Zain
- En. Mohamad Fitri bin Mat Noor
- En. Isma Hafizz bin Bahar
- Cik Saliza binti Sahli
05 Mei, 2011
CATATAN KOKURIKULUM: KARNIVAL KELAB DAN PERSATUAN
Karnival Kelab & Persatuan berjalan dengan jayanya pada 3.00-5.30 petang hari ini. Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang terlibat. Berikut dipaparkan foto-foto aktiviti sepanjang karnival tersebut
Pameran
Kuiz Matematik
Kuiz ICT
Jualan
Persembahan
04 Mei, 2011
CATATAN KOKURIKULUM: ANTARA SANTAPAN ROHANI & SANTAPAN JASMANI
Ahli Pasukan Pengakap SEMESRA sedang menikmati santapan rohani oleh cikgu Nur Imani.
Ahli PKBM sedang menyediakan santapan jasmani yang dipantau oleh guru-guru PKBM disamping guru pendidikan jasmani, cikgu Wan Zalifah.
Ahli-ahli PKBM sedang menikmati santapan jasmani berupa roti bakar dan roti paun bakar.
03 Mei, 2011
CATATAN KOKURIKULUM: PASUKAN SILAT SEMESRA KE PERTANDINGAN SILAT NEGERI
Pasukan Silat SEMESRA yang mewakili Daerah Raub ke pertandingan silat peringkat negeri di SMK Panglima Garang, Kuala Lipis, pada hari ini 3 Mei hingga 5 Mei 2011.
01 Mei, 2011
MAKLUMAT MINGGU 17: 02/05/2011- 08/05/2011
GURU BERTUGAS MINGGUAN
1. EN. MOHD AZLAN BIN TAMSI
2. PN. WAN HARMINI BINTI WAN ABD MAJID
3. CIK ROSLIN ADLINA BINTI ABD RAZAK
Langgan:
Catatan (Atom)