VISI

VISI: PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

25 Jun, 2012

HARI KOPERASI SEMESRA 2012

Tarikh : 29 - 30 Jun 2012 (Jumaat-Sabtu)
Masa  : 7.30 pagi - 12.00 tengahari (29 Jun 2012 (Jumaat))
         : 8.00 pagi - 2.00 petang (30 Jun 2012 (Sabtu))
Aktiviti:
  • Jualan dan Pameran
  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Tazkirah
  • Indoor Games (Sahibba, Catur, Congkak, Jigsaw Puzzle, Soduku, Carom, Paintball)
  • Program Kitar Semula (Peralatan ICT, Elektronik, Kertas, Plastik) 
  • Pertandingan Memasak 
  • Karnival Sen Visual 
  • Karnival Seni & Kebudayaan.
Sila rujuk link HARI KOPERASI 2012 di sebelah kiri untuk aturcara terperinci
  
Semua dijemput hadir 

TIGA AHLI PPIM SEMESRA RAIH TEMPAT KETIGA PERINGKAT KEBANGSAAN

Tiga ahli Pergerakan Puteri Islam SEMESRA berjaya meraih tempat ketiga dalam dalam pertandingan Bicara Berirama peringkat kebangsaan yang diadakan pada 22-23 Jun 2012 yang lalu di SMK Seri Jengka, Maran. Berikut ialah foto pelajar-pelajar tersebut.

 Nurin Izzati binti Adli Murad (4LK)
 Nur Nabihah binti Mazlan (4LK)
 Natasha Aida binti Rosli (4Bio)

20 Jun, 2012

GURU YANG MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN HARI INI


CIK WAN ZALIFAH BINTI WAN ISMAIL
SELAMAT HARI LAHIR!!! 

18 Jun, 2012

HARI YANG PENUH ACARA (KEMASKINI)


Pemakaian pangkat PKBM

 Penyampaian sijil perkhemahan PKBM negeri
Penyampaian hadiah Karnival Permainan antara rumah sukan
Penyampaian sijil pekhemahan Puteri Islam
Penyampaian sijil perkhemahan BSMM Daerah
Pra sukan - 200 meter P15

Pra sukan - Lempar cakera P18





Pra sukan - Lompat Tinggi L18

17 Jun, 2012

SELAMAT HARI BAPA

Selamat Hari Bapa kepada semua warga SEMESRA yang dipanggil bapa, ayah, ayahanda, pak, abah, babah, abi, walid ataupun papa

 

14 Jun, 2012

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN HARI INI

EN. ZAINAL ABIDIN BIN EYA
GPK HEM
SELAMAT HARI LAHIR!!! 

11 Jun, 2012

TARIKH-TARIKH PENTING WAKTU TERDEKAT SEMESRA

11 Jun (Isnin) - Tarikh akhir kemasukan data SAPS
11 Jun (Isnin) - Latihan Sukan Rumah Biru & Hijau
12 Jun (Selasa) - Latihan Sukan Rumah Merah & Kuning
11 - 15 Jun (Isnin - Jumaat) - Sukantara
18 Jun (Isnin) - Perhimpunan Kokurikulum - PKBM
18 - 22 Jun (Isnin - Khamis) - Pra Sukan
23 Jun (Sabtu) -  LADAP - Team Building - Bukit Tinggi
28 Jun (Khamis) - Raptai Kejohanan Olahraga SEMESRA ke-9
29-30 Jun (Jumaat-Sabtu) - Hari Koperasi
2 Julai (Isnin) - Kejohanan Olahraga SEMESRA ke-9

TAKWIM SEMASA SEMESRA - MINGGU 21 (11 -16 JUN 2012)

GURU BERTUGAS MINGGUAN
1.EN. MOHD AZLAN BIN TAMSI

2.CIK ROSLIN ADLINA BT ABDUL RAZAK
3.CIK NURUL AINSHAH BT AWANG KECIK

11 Jun 2012 (Isnin)
Kuliah Tauhid oleh Ustaz Tajorudin Abdul Rahman - Bilik Dokumentasi 1.50-2.30 pm 
Latihan Sukan Rumah Pahlawan (Biru) dan & Perkasa (Hijau) 3.00-5.00 ptg
 
12 Jun 2012 (Selasa)
Latihan Sukan Rumah Pendekar (Kuning) dan & Perwira (Merah) 3.00-5.00 ptg
 
13 Jun 2012 (Rabu)  

Aktiviti Kokurikulum Badan Beruniform
14 Jun 2012 (Khamis)   
Aktiviti Kokurikulum Kelab & Persatuan

16 Jun 2012 (Sabtu)
LDP 5 Team Building di Bukit Tinggi

01 Jun, 2012

PERKHEMAHAN PKBM - UNIT GABUNGAN SEMESRA CATAT SATU KEJUARAAN DAN SATU TEMPAT KETIGA

Seramai 16 orang ahli Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat) (PKBM) SEMESRA yang bergabung di bawah Unit Rejimen Askar Wataniah 505 (RAW 505) telah menyertai perkhemahan PKBM peringkat negeri yang berlangsung di Mentakab pada 27 Mei hingga 1 Jun 2012. Unit RAW 505 berjaya meraih tempat pertama dalam pertandingan menembak dan tempat ketiga pertandingan pandu arah. Seorang pelajar SEMESRA Muhd Izzat Luqman bin Isa menganggotai pasukan penembak RAW 505 tersebut manakala majoriti anggota pasukan pandu arah RAW 505 adalah terdiri daripada pelajar SEMESRA. Seorang pelajar SEMESRA Fatin Zulaikha binti Zulkifli telah terpilih ke perkhemahan PKBM peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Sungai Petani Kedah pada 11 hingga 16 Jun 2012.

 Kawad senjata - tempat keenam dari sembilan pasukan - 7 pelajar SEMESRA antara anggotanya
 Memanaskan badan sebelum pandu arah bermula
 Aksi pelajar SEMESRA dalam acara merentas halangan