VISI

VISI: PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

29 Mac, 2014

JADUAL BARU SEMESRA (BERMULA 1 APRIL 2014)

KEPADA SEMUA PELAJAR SEMESRA, ANDA BOLEH MENDAPATKAN JADUAL BARU PDP MENGIKUT KELAS YANG AKAN BERMULA PADA 1 APRIL 2014 (SELASA). (TERTAKLUK KEPADA PENGUMUMAN 31 MAC 2014 (ISNIN)) SILA KLIK PAUTAN JADUAL PDP 2014 DI SEBELAH KIRI.

20 Mac, 2014

FOTO SEMESRA: KURSUS TATACARA PENGURUSAN MESYUARAT UNTUK UNIT-UNIT KOKURIKULUM




DIARI SEMESRA: KEPUTUSAN SPM 2013: LIMA ORANG SEMUA A, GPS 3.20

SMK Seri Raub mencatat peningkatan prestasi dalam keputusan peperiksaan SPM 2013 apabila lima orang calon berjaya mendapat semua A berbanding seorang tahun 2012 dengan GPS 3.20 berbanding 3.59 pada tahun 2012 (meningkat 0.39. Selain mencatat sejarah bilangan tertinggi pelajar yang mendapat semua A mengatasi pencapaian 4 orang pada tahun 2010 keputusan kali ini juga mencatat sejarah apabila buat pertama kali seorang pelajar india dan seroang pelajar melayu lelaki berjaya mendapat semua A. Berikut ialah lima orang calon yang mendapat keputusan semua A.


Chin Yi Hien memperolehi 11A (7A+ 4A)

Nur Syafika binti Iberahim memperolehi 9A (7A+ 2A)

Nurul Hanani binti Hasbuddin memperolehi 9A (5A+ 2A 2A-)
Prishantini A/P Sandreen memperolehi 9A (5A+ 1A 3A-)
Amirrudin Ismail bin Adlan Rahim memperolehi 9A (1A+ 6A 2A-)


Pelajar-pelajar yang mendapat semua A bersama-sama tuan pengetua, guru-guru dan ibu bapa
Di bawah dipaparkan foto-foto suasana calon-calon mengambil keputusan masing-masing






03 Mac, 2014

KEMASKINI DIARI SEMESRA: MAJLIS PERPISAHAN GPK KOKURIKULUM - EN. ABDUL RAHMAN BIN SANI

Ucapan oleh Tuan Pengetua

Pentas utama perhimpunan pagi
Ucapan oleh yang diraikan, En. Abdul Rahman bin Sani

Cenderahati dari koperasi, kononnya baucer Koperasi SMK Mahmud
Cenderahati daripada pengawas. No. 12 bermaksud 12 tahun berkhidmat di SEMESRA

Cenderahati daripada Kolej Junior.

Cenderahati daripada semua pelajar, seutas jam tangan

Pukul 2.30, jamuan bersama-sama guru-guru dan staf

Cenderhati daripada PBSM, kononnya kotak First Aid.
"Cenderahati Puteri Islam ni diimport khas dari Bentong"

Cenderahati daripada Pengakap dan KRS, sebab tu ada dua beruang pada beg
Cenderahati daripada Bidang Sains dan Matematik, kononnya kalkulator dan tabung uji
Cenderahati dari Bidang Bahasa, kononnya kipas angin sepoi-sepoi bahasa

Cenderahati daripada Kadet Bomba, kononnya hos bomba mini untuk bilik air
Cenderahati dari Bidang Votek, Kain Pelikat, AlQuran dan sejadah, ini betul, bukan kononnya

Ceenderahati daripada Kelab Guru.

Cenderahati daripada penghuni Pejabat, kononnya antaranya chop baru GPK Koko SMK Mahmud

Selepas penyampaian cenderahti, tiba giliran cenderaperut.
En. Abdul Rahman bin Sani akan diingati sebagai seorang guru dan rakan setugas yang sangat mesra dan rapat dengan pelajar dan guru-guru, sangat komited dengan tugas dan suka berjenaka. Sebab itulah catatan seperti di atas dibuat .