VISI

VISI: PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

26 April, 2011

CATATAN KOKURIKULUM: BOLASEPAK B18 SEMESRA TEMPAT KETIGA MSSD

Pasukan bolasepak bawah 18 tahun SEMESRA yang mendapat tempat ketiga pertandingan bolasepak MSSD Raub dalam kejohanan berlangsung pada 11-13 April yang lalu.

Nota: Mulai hari ini Naskhah Semesra Online akan mewujudkan ruangan CATATAN KOKURIKULUM yang mencatatkan aktiviti kokurikulum SEMESRA tahun ini.

25 April, 2011

FOTO PELAJAR YANG MENYERTAI PERTANDINGAN PUBLIC SPEAKING

Pelajar-pelajar yang menyertai Pertadingan Public Speaking Daerah baru-baru ini bergambar dengan Tuan Pengetua, Guru Penolong Kanan Pra U, Penyelaras Kokurikulum Pra U dan guru-guru pembimbing.

24 April, 2011

MAKLUMAT MINGGU 16 : 25/04/2011- 01/05/2011

GURU BERTUGAS MINGGUAN

1. EN. GOH HONG YIH
2. CIK WAN ZALIFAH BINTI WAN ISMAIL
3. PN. NOORHASHEELA BINTI ZAINAL ABIDIN

22 April, 2011

PN. ZAHARAH BINTI MAMAT BERTUKAR KE KUANTAN

Jumaat (22 April 2011) - Pn. Zaharah binti Mamat, Guru Cemerlang Bahasa Arab, mantan GPK HEM yang juga merupakan salah seorang guru perintis SEMESRA tahun 2002, bertukar ke Kuantan mulai 25 April 2011. Beliau akan berkhidmat di SMK Alor Akar, Kuantan. Pertukaran beliau ke Kuantan adalah kerana mengikut suaminya yang telah bertukar di sana sejak Januari yang lalu. Sempena pertukaran beliau satu majlis meraikan beliau telah diadakan selepas program bacaan Yasin pada pagi hari ini di tapak perhimpunan. Selepas itu jamuan perpisahan yang diusahakan oleh guru-guru SEMESRA telah diadakan di Bilik Guru.

20 April, 2011

PUBLIC SPEAKING: SEMESRA BOLOT TIGA HADIAH TEMPAT PERTAMA

Rabu (20 April 2011) - Tiga wakil SEMESRA dalam pertandingan Public Speaking peringkat Daerah Raub berjaya mendapat tempat pertama dalam kategori masing-masing dalam pertandingan yang berlangsung di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah hari ini. Mereka ialah Methra Subbiah 1RK2 dalam kategori tingkatan 1, Jeyaselan A/L Doraisamy 2RK1 dalam kategori tingkatan 2 dan Khaw Tzer Sern 4Bio dalam kategori tingkatan 4. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya dan guru-guru yang terlibat

GURU DAN STAF SOKONGAN YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI LAHIR HAR INI

EN. TAJORUDIN BIN ABDUL RAHMAN
EN. GOH HONG YIH
CIK NORIZAN BINTI NAAN
 
SELAMAT HARI LAHIR!!!

19 April, 2011

TEAM BOLASEPAK GURU DAN STAF SEMESRA AKAN KEMBALI!

Team bola sepak Guru & Staf SEMESRA tahun 2006
 
Team bolasepak guru dan staf SEMESRA akan kembali mewarnai pentas bolasepak (bukan mewarnai pertandingan mewarna) dalam masa terdekat setelah sekian lama 'hilang' di pentas antarabangsa. Walaubagaimanapun ada diantara pemain-pemain dahulu yang bersara kerana naik pangkat menjadi pengurus, bersara kerana faktor usia, berhijrah ke team yang lain dengan yuran perpindahan jutaan rupiah, dihijrahkan dengan yuran percuma (cuma perlu bayar yuran kelab guru & staf). Sepanjang tempoh itu juga beberapa pemain baru telah dibeli dengan nilai jutaan yen dari kelab-kelab lain.

18 April, 2011

TIGA PELAJAR WAKIL PUBLIC SPEAKING SEMASA PERHIMPUNAN PAGI

 Million Wong dari tingkatan 1RK3 sedang menyampaikan Public Speaking
Isnin (18 April 2011) - Seramai 3 orang pelajar SEMESRA menyampaikan Public Speaking mereka semasa perhimpunan hari ini sebagai latihan ke pertandingan Public Speaking peringkat daerah yang akan berlangsung di Sekolah Menengah Sains Tengaku Abdullah pada 20 April 2011 (Rabu).

TIGA AHLI PENGAKAP TERIMA WATIKAH PERLANTIKAN KETUA PATROL

Salah seorang Ketua Patrol Pasukan Pengakap sedang menerima watikah perlantikan

Isnin (18 April 2011) - Tiga ahli Pasukan Pengakap SEMESRA menerima watikah perlantikan sebagai Ketua Patrol dalam perhimpunan Kokurikulum SEMESRA hari ini. Watikah disampaikan Tuan Haji Abdullah bin Mohd Yusof selaku Pesuruhjaya Pasukan Pengakap SEMESRA.

20 PELAJAR IKUTI PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR SEMESRA-SEMESTA

Wakil pelajar perkongsian pintar SEMESRA-SEMESTA berkongsi pengalaman semasa perhimpunan rasmi sekolah
Isnin (18 April 2011) - Seramai 20 orang pelajar tingkatan 3 SEMESRA telah mengikuti program perkongsian pintar SEMESRA-SEMESTA di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah pada 10 hingga 15 April yang lalu. Mereka telah berpeluang menjalani kehidupan sebagai pelajar SEMESTA sepanjang tempoh tersebut.

18 ORANG AHLI KRS MENYERTAI PERKHEMAHAN NEGERI DI KG. LALANG KUALA LIPIS

Isnin (18 April 2011) - Seramai 18 orang ahli Kadet Remaja Sekolah (KRS) menyertai perkhemahan KRS peringkat negeri di Kampung Lalang Kuala Lipis bermula hari ini hingga 21 April 2011 (Khamis).

16 April, 2011

MAKLUMAT MINGGU 15: 18/04/2011- 24/04/2011

GURU BERTUGAS MINGGUAN

1. EN. FADHLUL NIZAM BIN MHD NAZAR
2. PN. SAKILAH BINTI MANSOR
3. PN. AZELINA BINTI MOHAMED

PERHIMPUNAN KOKURIKULUM: PENGAKAP 

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI LAHIR HARI INI

EN. WAN MUHAMAD EDLYSHAM BIN WAN ABD RAHMAN 
PN. AZIZAN BINTI ABDULLAH
SELAMAT HARI LAHIR!!! 
Nota: Mulai hari ini maklumat ulang tahun hari lahir staf sokongan juga akan dipaparkan

15 April, 2011

PERKHEMAHAN PERDANA DITANGGUHKAN

Jumaat (15 April 2011) - Perkhemahan Perdana Badan Beruniform SEMESRA yang dijadualkan pada 22 hingga 24 April iniditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan untuk memberi laluan kepada Karnival Sains dan Teknologi peringkat negeri yang berlangsung pada tarikh yang sama. Masalah pertindihan tugas guru dan logistik yang tidak dapat dielakkan menjadi sebab utama penangguhan ini

13 April, 2011

JAMBATAN SEMESRA SIAP DIBINA

Akhirnya jambatan semesra yang menghubungkan padang SEMESRA dengan kawasan perkhemahan SEMESRA siap dibina oleh sekumpulan 'jurutera' SEMESRA yang diketuai Tuan Pengetua sendiri selaku 'Jurutera Penyelia' bersama, En. Abdul Rahman bin Sani - 'Jurutera Perunding', En. Mohd Azlan bin Tamsi - 'Jurutera Pengangkutan' dan 'Jurutera-jurutera rekabentuk dan teknikal' - En. Mohd Zawawi, En. Mohd Shukri, En. Mohd Sabri, En. Sofri, En. Ariffin, En. Jamaludin dan seorang pekerja swasta.
 Meletakkan kayu 'konkrit'

 "Sana ada lagi kayu balak!"
 Sesi  fotografi bersama jambatan baru

10 April, 2011

MAKLUMAT MINGGU 14: 11/04/2011- 17/04/2011

GURU BERTUGAS MINGGUAN


1.PN. NORAZURA BINTI ALANG MOHAMAD ALI
2.PN. AZIZAN BINTI ABDULLAH
3.EN. MOHD SHUKRI BIN SIDI AHMAD
1.PN. NORAZURA BINTI ALANG MOHAMAD ALI
2.PN. AZIZAN BINTI ABDULLAH
3.EN. MOHD SHUKRI BIN SIDI AHMAD
1.EN. KHAIRUL AMIN BIN MOHD ALI
2.PN. W. NURHAIZA BINTI W. SUDIN
3.PN. NORHANISA BINTI MD. AMIR

09 April, 2011

APAKAH YANG INGIN DILAKUKAN OLEH MEREKA?

 Apakah yang dilakukan oleh mereka dengan kayu ini? Nak rebus macam ubi kayu atau nak buat peluru berpandu? Tunggu kisahnya selepas ini.



LADAP 5: PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL PENJAWAT AWAM

 Pengetua, guru dan staf SEMESRA bergambar dengan Encik Aznan selepas sessi LADAP kali ke-5

Sabtu (9 April 2011) - Latihan Dalam Perkhidmatan kali ke-5 telah dijalankan di Bilik Gerakan bertajuk Protokol dan Etiket Sosial Penjawat Awam disampaikan Encik Aznan bin Abdul, Pensyarah Kanan IAB Genting Highlands.

06 April, 2011

04 April, 2011

ANUGERAH KECEMERLANGAN & KEPUJIAN PENGETUA DIPERKENALKAN

 Antara pelajar yang menerima Anugerah Kecemerlangan Pengetua

Isnin (4 April 2011) - Anugerah Kecemerlangan dan Kepujian Pengetua SEMESRA diperkenalkan pada perhimpunan rasmi pagi ini kepada semua pelajar SEMESRA yang mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam ujian dan peperiksaan dalaman sekolah. Anugerah Kecemerlangan Pengetua diberikan kepada pelajar yang berjaya mendapat gred A (A+, A atau A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki sementara Anugerah Kepujian Pengetua diberikan kepada pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 4A dan mata pelajaran lain mestilah mendapat gred B. Serentak dengan itu juga semua pelajar yang berjaya mendapat keputusan seperti yang dinyatakan dalam Penilaian 1 tahun 2011 (Ujian Mac) baru-baru ini dianugerahkan sijil Anugerah tersebut dalam perhimpunan rasmi sekolah pagi ini  

03 April, 2011

MAKLUMAT MINGGU 13: 04/04/2011- 10/04/2011

GURU BERTUGAS MINGGUAN

1.PN. NORAZURA BINTI ALANG MOHAMAD ALI
2.PN. AZIZAN BINTI ABDULLAH
3.EN. MOHD SHUKRI BIN SIDI AHMAD
1.PN. NORAZURA BINTI ALANG MOHAMAD ALI
2.PN. AZIZAN BINTI ABDULLAH
3.EN. MOHD SHUKRI BIN SIDI AHMAD
1.PN. NORAZURA BINTI ALANG MOHAMAD ALI
2.PN. AZIZAN BINTI ABDULLAH
3.EN. MOHD SHUKRI BIN SIDI AHMAD

08/04/2011 (JUMAAT) - 3.00 PM MESYUARAT JK PSS KALI PERTAMA
09/04/2011 (SABTU)   - 8.00 AM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

NOTA: MULAI BULAN APRIL 2011 - MAKLUMAT GURU BERTUGAS DAN MAKLUMAT LAIN PADA MINGGU TERSEBUT AKAN DIPAPARKAN DALAM LAMAN BLOG  INI.
 

STAF SOKONGAN YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI LAHIR HARI INI

EN. MOHD SOFRI BIN RIPIN
 
SELAMAT HARI LAHIR!!!