VISI

VISI: PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

29 Mei, 2011

23 Mei, 2011

19 Mei, 2011

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI LAHIR HARI INI

TUAN PENGETUA, TN. HJ. ABDULLAH BIN MOHD YUSOF

SELAMAT HARI LAHIR!!!

18 Mei, 2011

LAGI FOTO HARI GURU SEMESRA 2011

Perlawanan bolasepak antara guru (AC Milan) dan pelajar (Malaysia)

Saksikan detik gol kemenangan AC Milan dalam kemenangan yang penuh dengan kontroversi off side. 





GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI LAHIR HARI INI

EN. SUFI BIN HASBULLAH

SELAMAT HARI LAHIR!!!

16 Mei, 2011

SELAMAT HARI GURU

Isnin - Dengan tema 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara', sambutan Hari Guru peringkat sekolah berlangsung dengan meriah hari ini. Dimulakan dengan perhimpunan khas pada sebelah pagi, sukan selepasnya, majlis sambutan diakhiri dengan persembahan guru dan pelajar selepas rehat. Dipaparkan foto-foto majlis sambutan hari guru tersebut mengikut turutan di bawah

 Bacaan perutusan KPM & Menteri Pelajaran
Upacara memotong kek Hari Guru
Pemberian hadiah kepada pengetua dan guru-guru
akan bersambung dengan lebih banyak foto! 



12 Mei, 2011

IMBASAN HARI GURU

Sempena Hari Guru pada hari Isnin 16 Mei minggu depan, mari kita mengimbas kembali hari guru tahun-tahun lepas

Hari Guru 2010 - rasmi
 Hari Guru 2009 - batik
Hari 2008 - kebangsaan
Hari Guru 2007 - rasmi dan kasual
Hari Guru 2006 - kebangsaan + rasmi + sukan

Hari Guru 2011 - ? 


11 Mei, 2011

INFO: PEMBESTARIAN PENDIDIKAN

Majlis Perasmian Program Pembestarian Sekolah Daerah Raub yang disempurnakan oleh Tn. Hj Raauf bin Hj. Jali, Ketua Penolong Pengarah BTPN Pahang hari ini di SK Raub Indah yang turut dihadiri oleh Tuan Pengetua SEMESRA.

Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, bestari bermaksud beroperasi  berbantukan ICT dan sebagainya (dalam konteks sistem sekolah dan sebagainya). Pembestarian pendidikan bermaksud pembudayaan penggunaan teknologi (tidak semestinya Teknologi Maklumat) dalam Pengajaran & Pembelajaran.

09 Mei, 2011

PENDAFTARAN PELAJAR PRA-U

Isnin - Pelajar-pelajar Pra-U sedang mendaftarkan diri pada hari ini di SEMESRA.

CATATAN KOKURIKULUM: SILAT- TEMPAT KETIGA DALAM TIGA KATEGORI

Pasukan silat SEMESRA yang mewakili Daerah Raub dalam pertandingan silat peringkat negeri berjaya menduduki tempat ketiga dalam tiga kategori iaitu Seni Tempur Silat Puteri, Seni Masal Puteri dan Jurus Wajib Putera dalam pertandingan yang diadakan pada 3 hingga 5 Mei lalu di SMK Panglima Garang Abdul Samad, Benta, Kuala Lipis. Pasukan ini yang diwakili oleh pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 dilihat berpotensi untuk menyerlah pada masa akan datang.

LIMA GURU PELATIH MENJALANI PRAKTIKUM DI SEMESRA MULAI HARI INI

Isnin - Seramai 5 orang guru praktikum dari UPSI menjalani praktikum di SEMESRA mulai hari ini sehingga 26 Ogosi 2011. Mereka ialah

  1. En. Mohd Rahimi bin Abdul Manaf
  2. En. Mohd Saiful Faizal bin Mohd Zain
  3. En. Mohamad Fitri bin Mat Noor
  4. En. Isma Hafizz bin Bahar
  5. Cik Saliza binti Sahli

05 Mei, 2011

CATATAN KOKURIKULUM: KARNIVAL KELAB DAN PERSATUAN

Karnival Kelab & Persatuan berjalan dengan jayanya pada 3.00-5.30 petang hari ini. Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang terlibat. Berikut dipaparkan foto-foto aktiviti sepanjang karnival tersebut

Pameran
  Kuiz Matematik
 Kuiz ICT
 Jualan
 Persembahan

04 Mei, 2011

CATATAN KOKURIKULUM: ANTARA SANTAPAN ROHANI & SANTAPAN JASMANI

Ahli Pasukan Pengakap SEMESRA sedang menikmati santapan rohani oleh cikgu Nur Imani.
Ahli PKBM sedang menyediakan santapan jasmani yang dipantau oleh guru-guru PKBM disamping guru pendidikan jasmani, cikgu Wan Zalifah.
 Ahli-ahli PKBM sedang menikmati santapan jasmani berupa roti bakar dan roti paun bakar.
 

03 Mei, 2011

CATATAN KOKURIKULUM: PASUKAN SILAT SEMESRA KE PERTANDINGAN SILAT NEGERI

Pasukan Silat SEMESRA yang mewakili Daerah Raub ke pertandingan silat peringkat negeri di SMK Panglima Garang, Kuala Lipis, pada hari ini 3 Mei hingga 5 Mei 2011.

01 Mei, 2011

MAKLUMAT MINGGU 17: 02/05/2011- 08/05/2011

GURU BERTUGAS MINGGUAN

1. EN. MOHD AZLAN BIN TAMSI
2. PN. WAN HARMINI BINTI WAN ABD MAJID
3. CIK ROSLIN ADLINA BINTI ABD RAZAK

SELAMAT HARI PEKERJA

KEPADA SEMUA WARGA SEMESRA, DIUCAPKAN SELAMAT HARI PEKERJA.