Laman Blog Rasmi & Berita Terkini SMK Seri Raub, 27600 Raub Pahang naskhahsemesra.blogspot.com e-mail: cea6025.seriraub@gmail.com
VISI
VISI: PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
18 April, 2013
17 April, 2013
16 April, 2013
MTQ DAERAH: SEMESRA CATAT DUA KEJAYAAN
SEMESRA berjaya mencatat dua kejayaan dalam MTQ Daerah Raub yang berlangsung di SMK Tersang hari ini iaitu tempat pertama pidato spontan melalui Mohamad Zuhairi bin Sulaiman (tingkatan 5 Sains 2) dan tempat kedua Tilawah AlQuran melalui Nur Ain Hanis binti Rahim (tingkatan 3KAA).
SEMESRA JUARA BOLA JARING BAWAH 15 TAHUN MSSD
Pasukan bola jaring SEMESRA bawah 15 tahun berjaya menjadi johan bola jaring MSSD Raub apabila berjaya menewaskan SMK Tersang 15-11 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di SMK(P) Methodist hari ini.
15 April, 2013
11 April, 2013
HOKI MSSD: SEMESRA JUARA LELAKI BAWAH 18
Pasukan Hoki SEMESRA berjaya menjadi juara kejohanan Hoki MSSD Raub yang berlangsung di SMK Tersang pada 9 hingga 11 April 2013 dengan menewaskan SMK Dato' Shahbandar Hussain 2-0 pada perlawanan akhir hari ini. Pasukan perempuan bawah 18 tahun pula berjaya meraih tempat ketiga.
BOLASEPAK MSSD: PASUKAN B15 SEMESRA TEWAS DI SEPARUH AKHIR
Pasukan bolasepak SEMESRA bawah 15 tahun tewas 0-2 kepada SMK Dong pada perlawanan separuh akhir bolasepak MSSD Raub (yang berlangsung dari 8 hingga 11 April 2013) pagi tadi di padang SEMESRA. berikut ialah kepautusan perlawanan pasukan bolasepak SEMESRA bawah 18 dan 15 tahun.
Bawah 18 tahun:
SEMESRA 1 SEMESTA 3
SEMESRA 1 SMKTK 5
(gagal ke separuh akhir)
Bawah 15 tahun
SEMESRA 2 SMK GALI 1
SEMESRA 1 SMK TERSANG 0
separuh akhir
SEMESRA 0 SMK DONG 2
Berikut ialah foto-foto yang sempat dirakam
Bawah 18 tahun:
SEMESRA 1 SEMESTA 3
SEMESRA 1 SMKTK 5
(gagal ke separuh akhir)
Bawah 15 tahun
SEMESRA 2 SMK GALI 1
SEMESRA 1 SMK TERSANG 0
separuh akhir
SEMESRA 0 SMK DONG 2
Berikut ialah foto-foto yang sempat dirakam
Perlawanan B18 SEMESRA vs SEMESTA |
Pasukan B15 SEMESRA bersama-sama Pengetua,GPK HEM & jurulatih |
Perlawanan B15 SEMESRA vs SMK Dong di separuh akhir |
CATATAN SEMESRA: MINGGU 14 PERSEKOLAHAN
Minggu ke-14 persekolahan tahun 2013, minggu yang sungguh sibuk bagi warga SEMESRA
ada yang pergi berkursus di Genting Highland
ada yang pergi berseminar di Pekan secara mengejut
ada yang bermain bolasepak di SEMESTA dan SEMESRA sendiri
ada yang pergi bermain hoki di Tersang
ada yang berprogram kaunseling di Dewan Jubilee Perak
ada yang berlatih sepak takraw di kompleks sukan Bukit Koman
ada yang pergi berkursus di Genting Highland
ada yang pergi berseminar di Pekan secara mengejut
ada yang bermain bolasepak di SEMESTA dan SEMESRA sendiri
ada yang pergi bermain hoki di Tersang
ada yang berprogram kaunseling di Dewan Jubilee Perak
ada yang berlatih sepak takraw di kompleks sukan Bukit Koman
08 April, 2013
SEPAK TAKRAW MSSD: LELAKI B15 TEMPAT KEDUA & KETIGA
Pasukan sepak takraw lelaki bawah 15 tahun SEMESRA berjaya meraih tempat kedua dan ketiga dalam kejohanan sepak takraw MSSD antara regu yang berlangsung di Dewan SMK Dong pada 3 hingga 5 April yang lalu. Setiap sekolah menghantar dua regu dalam kejohanan tersebut bagi setiap kategori. Walaubagaimanapun SEMESRA tidak menghantar regu bagi kategori bawah 18.
Regu sepak takraw yang menduduki tempat ketiga (kiri) dan tempat kedua (kanan) |
04 April, 2013
01 April, 2013
BOLA TAMPAR MSSD: SEMESRA P18 TEMPAT KETIGA
22 Mac, 2013
21 Mac, 2013
SPM 2012: KHAW TZER SHERN PEROLEH 9A+ 1A
Calon SPM SEMESRA 2012 Khaw Tzer Shern menjadi pelajar terbaik SPM 2012 SEMESRA dengan pencapaian 9A+ 1A. SEMESRA mencatat kelulusan 100% memperolehi GPS 3.59 menurun 0.07 berbanding 3.52 pada tahun 2011. Keputusan SPM SEMESRA diumumkan oleh Guru Penolong Kanan 1, Cik Hajah Rodeyah binti Ahmad yang mewakili Tuan Pengetua hari ini di Anjung Bitara.
Khaw Tzer Shern 10A (9A+ 1A-) |
Fatin Zulaikha bt Zulkifli 8A 1B |
Nadhira bt Ab Karim 8A 1B |
Tujuh pelajar (seorang diwakilkan oleh bapa) yang mendapat 10A, 8A dan 7A bersama GPK 1, GPK HEM, kaunselor dan guru-guru |
20 Mac, 2013
18 Mac, 2013
STPM 2012: CGPA 2.66, ALVIN LAI PELAJAR TERBAIK
14 Mac, 2013
BOLA BALING MSSD: SEMESRA P18 TEMPAT KETIGA
11 Mac, 2013
FOTO HARI INI: PENGUCAPAN AWAM DARIPADA PELAJAR SEMESTA
08 Mac, 2013
USTAZ RUJHAN KEMBALI KE RAHMATULLAH
Ustaz Rujhan Mohd Razali pendakwah bebas yang mengisi slot ceramah Maulidur Rasul SEMESRA 2012 dan Program Motivasi pelajar SEMESRA juga tahun 2012 telah kembali ke rahmatulLah pada jam 12.30 tengahari 8 Mac 2013 akibat stroke di Hospital Temerloh. Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Jerantut Pahang pada kira-kira jam 6.00 petang hari yang sama.
Dalam kenangan - Ceramah Maulidur Rasul 24 Februari 2012 |
Program Motivasi untuk pelajar STPM, SPM & PMR - 30 Jun 2012 |
04 Mac, 2013
Langgan:
Catatan (Atom)