VISI

VISI: PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

31 Disember, 2011

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN HARI INI

PN. ZAIZAHIRAWATI BT MOHD KHIR LOW

SELAMAT HARI LAHIR!!!

30 Disember, 2011

JADUAL WAKTU KELAS 2012

Kepada pelajar dan guru SEMESRA anda boleh merujuk Jadual Waktu Induk Kelas untuk Tahun 2012 melalui pautan JAD. WAKTU 2012 pada menu sebelah kiri laman blog ini.

29 Disember, 2011

MAKLUMAN: PAKAIAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

Memandangkan hari pertama persekolahan tahun 2012 jatuh pada hari Rabu maka pakaian guru dan pelajar pada hari tersebut ialah pakaian BADAN BERUNIFORM masing-masing

28 Disember, 2011

TAKWIM SEMASA SMK SERI RAUB



1. 28 Disember 2011 (Rabu) 9.00 pagi - Mesyuarat Guru, HEM &   
    Kokurikulum
2. 29 Disember 2011 (Khamis) 9.00 pagi - Mesyuarat Kurikulum & Panitia 
    Mata Pelajaran.
3. 30 Disember 2011 (Jumaat) - Tarikh Penghantaran pertama Buku Persediaan 
    P&P
4. 3 Januari 2012 (Selasa) - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 dan Asrama
5. 4 Januari 2012 (Rabu) - Hari Pertama Persekolahan 2012 & Program 
    Asimilasi Tingkatan 1 dan 4

27 Disember, 2011

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN HARI INI

EN. MOHD SHUKRI BIN SIDI AHMAD

SELAMAT HARI LAHIR!!!

24 Disember, 2011

31 DiSEMBER 2011 - TARIKH AKHIR PENGISIAN MAKLUMAT SGM

Tarikh akhir pengisian maklumat Standard Guru Malaysia (SGM) secara atas talian adalah pada 31 Disember 2011. Alamat laman sesawang SGM ialah www.moe.gov.my/sgm

22 Disember, 2011

PMR 2012: 12 CALON MENDAPAT SEMUA A

10 daripada 12 calon PMR yang mendapat semua A bergambar bersama pengetua, guru-guru dan ibu bapa

Seramai 12 orang calon daripada 71 calon PMR SEMESRA mendapat semua A dalam peperiksaan PMR 2011 yang keputusannya diumumkan pada hari ini. 5 orang mendapat 9A dan 7 orang 8A dan 7A. Peratus kelulusan 100%. GPS tahun ini meningkat kepada 1.30 berbanding 1.47 pada tahun 2010. Majlis penyerahan keputusan telah diadakan di Anjung Bitara SEMESRA pada jam 10.50 pagi ini

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN HARI INI

PN. WAN HARMINI BT WAN ABD MAJID

SELAMAT HARI LAHIR!!!

20 Disember, 2011

TERKINI: TAKLIMAT SPBA 22/12/2011 (KHAMIS)

KEPADA SEMUA GURU & STAF SEMESRA, TAKLIMAT SPBA AKAN DIADAKAN PADA 22/12/2011 (KHAMIS) JAM 2.30 PETANG DI BILIK GERAKAN. KEHADIRAN DIWAJIBKAN.

TAKWIM SEMESRA 2012

Kepada warga pendidik SEMESRA anda boleh dapatkan fail Takwim SEMESRA 2012 untuk rujukan terutama untuk membina RPT mata pelajaran melalui email dokumen.semesra@gmail.com

07 Disember, 2011

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN HARI INI

PN. MARIAM BINTI KAMARUDIN

SELAMAT HARI LAHIR!!!

LAMAN BLOG INI AKAN DIKEMASKINI SEMULA

Setelah agak lama terganggu, laman blog ini insyaAllah akan dikemaskini setelah masalah yang berlaku dapat dikenalpasti puncanya

18 November, 2011

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN HARI INI

EN. FADHLUL NIZAM BIN MHD NAZAR

SELAMAT HARI LAHIR!!!

14 November, 2011

PLATFORM PERKONGSIAN DOKUMEN SEMESRA DI INTERNET

Mulai sekarang guru-guru & staf SEMESRA boleh menggunakan email dokumen.semesra@gmail.com untuk menghantar dan berkongsi dokumen rasmi dalam bentuk soft copy. Sila log in dengan nama dokumen.semesra melalui laman sesawang gmail.com dengan kata laluan (sila rahsiakan) yang telah diberikan semasa mesyuarat guru pada 9 Nov. 2011 lalu.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM KEPADA SEMUA CALON SPM SEMESRA

Calon-calon SPM SEMESRA bersama guru-guru sebelum memasuki dewan peperiksaan pagi ini

09 November, 2011

08 November, 2011

FOTO-FOTO MAJLIS IBADAH QURBAN HARI RAYA ADIL ADHA

Pengerusi PIBG. En. A. Rauf bersama AJK dan guru-guru bersama melapah daging korban

07 November, 2011

STAF YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI KELAHIRAN HARI INI

PN. HJH NORIAH BINTI SUBOH

SELAMAT HARI LAHIR!!!

05 November, 2011

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI KELAHIRAN HARI INI

CIK ROSLIN ADLINA BINTI ABDUL RAZAK

SELAMAT HARI LAHIR!!!

04 November, 2011

FOTO-FOTO MAJLIS RESTU ILMU SPM & STPM

Bacaan yasin selepas solat hajat

Gimik Majlis Restu Ilmu
 

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI KELAHIRAN HARI INI

CIK NURUL AINSHAH BINTI AWANG KECHIK

SELAMAT HARI LAHIR!!!

31 Oktober, 2011

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI KELAHIRAN HARI INI

EN. SAIFUL MIZAM BIN MUHAMAD

SELAMAT HARI LAHIR!!!

28 Oktober, 2011

FOTO-FOTO MAJLIS GRADUASI

Nurul Husna Atiqa bt Alin (kanan) penerima Anugerah Platinum SPM 

 Para graduan SEMESRA sedang berbaris sebelum naik ke pentas


21 Oktober, 2011

MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN TANDAS BERSIH PERINGKAT NEGERI

Perasmian oleh Dato' Sri Ng Yen Yen Menteri Perlancongan merangkap Ahli Parlimen Raub

Maskot Kempen. Mr. Bin (abang Mr. Bean?)

Pemenang-pemenang menulis esei menengah rendah bersama tetamu kehormat

 Pemenang-pemenang menulis esei menengah atas bersama tetamu kehormat