VISI

VISI: PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

29 Ogos, 2012

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN HARI INI

PN. NORAZURA BINTI ALANG MOHAMAD ALI

SELAMAT HARI LAHIR!!!

28 Ogos, 2012

FOTO HARI INI

Calon-calon SPM SEMESRA sedang mengikuti seminar mata pelajaran Sejarah oleg penceramah jemputan dari SMK Padang Tengku, Kuala Lipis

19 Ogos, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI KEPADA SEMUA WARGA MUSLIMIN & MUSLIMAT SEMESRA DAN SELAMAT BERCUTI

15 Ogos, 2012

MAJLIS DI AMBANG SYAWAL

Khatam AlQuran dipimpin oleh Ustaz Mohd Zawawi

Tetamu kehormat dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah

Penyampain sumbangan Hari Raya kepada anak yatim dan kurang berkemampuan

Sesi bersalam-salaman sebelum majlis berakhir

14 Ogos, 2012

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN HARI INI

PN. SALENA BINTI KARIM

SELAMAT HARI LAHIR!!!

13 Ogos, 2012

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN HARI INI

PN. NORAPIZAH BINTI SAIDIN 

SELAMAT HARI LAHIR!!!

07 Ogos, 2012

KELEBIHAN RAMADHAN: LAILATULQADAR

“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Para sahabat nabi risau kerana tidak dapat berjihad dan beribadat seperti umat terdahulu, misalnya Bani Israel yang berjihad selama 80 tahun. Lalu Allah menurunkan surah Al-Qadr untuk menenangkan para sahabat nabi yang risau itu dan pahala beribadat pada malam itu lebih baik dari 1000 bulan iaitu sekitar 84 tahun. 

Al-Qadr [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Al-Qadr [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

Malam itu tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu:


Sila klik menu Ihya Ramadhan di sebelah kiri untuk artikel seterusnya

06 Ogos, 2012

NUZUL ALQURAN - 17 RAMADHAN


 

Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Sila klik menu Ihya Ramadhan di sebelah kiri untuk artikel seterusnya

03 Ogos, 2012

PROGRAM TADARUS ALQURAN


Pelajar-pelajar tingkatan 4 bersama guru-guru SEMESRA dalam program Tadarus AlQuran

01 Ogos, 2012

TAZKIRAH HARI INI - 12 RAMADHAN

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Sumbangan: Imam Kenit
 

27 Julai, 2012

GURU YANG MENYAMBUT HARI LAHIR HARI INI

PN. GOH KIA TYE 

SELAMAT HARI LAHIR!!!

24 Julai, 2012

PENGUMUMAN

Kepada semua warga SEMESRA, anda dipelawa bersama-sama mengisi laman blog Naskhah SEMESRA ini dengan menghantar pengisian anda ke e-mail- smk_seriraub@yahoo.com Pengisian boleh berbentuk:

1.Bahan ilmiah
2.Pengumuman / Makluman
3.Karya
4.Tazkirah

dan apa-apa sahaja yang difikirkan sesuai untuk tatapan warga SEMESRA khususnya dan masyarakat amnya. Sila nyatakan nama anda dengan jelas. Untuk tujuan siaran, nama samaran boleh digunakan.

21 Julai, 2012

GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN HARI INI

PN. AZELINA BT MOHAMED

SELAMAT HARI LAHIR!!! 
sempena bulan ramadhan, kek digantikan dengan juadah berbuka puasa

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Kepada semua warga SEMESRA yang beragama Islam diucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan 1433H

 

11 Julai, 2012

FOTO SOLAT HAJAT HARI GURU PERINGKAT DAERAH

Ketua program sedang memberi taklimat kepada ahli jemaah dalam slot santapan rohani

Ketua program sedang memberi makanan dalam slot santapan jasmani

FOTO-FOTO KEJOHANAN OLAHRAGA SEMESRA KE-9










10 Julai, 2012

PERKASA (HIJAU) JUARA KESELURUHAN SUKAN SEMESRA

Rumah Perkasa (Hijau) berjaya menjuarai keseluruhan kejohanan olahraga & sukan tahunan SEMESRA kali ke-9 buat julung kalinya hari ini. Juara bertahan Rumah Pendekar menduduki tangga terakhir. Berikut ialah jumlah mata terakhir. Foto-foto akan menyusul..


M. DESA SUKAN TARA KARNIVAL SUKAN OLAHRAGA JUMLAH
1.HIJAU 290 210 13 179 692
2.MERAH 291 193 23 151 658
3.BIRU 311 204 14 123 652
4.KUNING 254 187 16 157 614
Kedudukan Rumah Sukan tahun 2011
1.Pendekar (Kuning)
2.Pahlawan (Biru)
3.Perkasa (Hijau) 
4.Perwira (Merah).

Johan tahun-tahun lepas
2002- Tiada Kejohanan
2003 - Biru
2004 - Biru
2005- Tiada Kejohanan (Jerebu)
2006 - Merah
2007 - Merah
2008 - Kuning
2009 - Kuning
2010 - Kuning
2011 - Kuning
 
 

04 Julai, 2012

TERKINI - PEMBETULAN KEDUDUKAN MATA RUMAH SUKAN

1. PERKASA (HIJAU) - 628
3. PERWIRA (MERAH) -618
2. PAHLAWAN (BIRU) - 603
4. PENDEKAR (KUNING) - 552

NOTA: KEJOHANAN OLAHRAGA SEMESRA AKAN BERLANGSUNG PADA 10 JULAI 2012 (SELASA)

01 Julai, 2012

FOTO-FOTO HARI KOPERASI & INTERAKSI











BUDAK KOPERASI

 Mendapat Anugerah Pelanggan Terbanyak Koperasi SEMESRA
Menerima hadiah cabutan bertuah utama sebuah tablet mini

Menurut ceritanya emak budak ni bekerja di sebuah koperasi, ayahnya bekerja di Suruhanjaya Koperasi Malaysisa. Semasa lahirnya, ibunya tak sempat di hantar ke hospital lalu beliau dilahirkan di koperasi ibunya bekerja. Namanya bermaksud cahaya koperasi. Di SEMESRA setiap kali rehat dia akan membeli makanan di koperasi. Bila lalu sahaja di koperasi dia akan membeli di koperasi. Lalu pada hari koperasi SEMESRA yang lau dia berjaya mendapat tiga hadiah termasuk dua hadiah di atas. Macam betul je.