VISI

VISI: SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI 2020

01 Jun, 2012

PERKHEMAHAN PKBM - UNIT GABUNGAN SEMESRA CATAT SATU KEJUARAAN DAN SATU TEMPAT KETIGA

Seramai 16 orang ahli Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat) (PKBM) SEMESRA yang bergabung di bawah Unit Rejimen Askar Wataniah 505 (RAW 505) telah menyertai perkhemahan PKBM peringkat negeri yang berlangsung di Mentakab pada 27 Mei hingga 1 Jun 2012. Unit RAW 505 berjaya meraih tempat pertama dalam pertandingan menembak dan tempat ketiga pertandingan pandu arah. Seorang pelajar SEMESRA Muhd Izzat Luqman bin Isa menganggotai pasukan penembak RAW 505 tersebut manakala majoriti anggota pasukan pandu arah RAW 505 adalah terdiri daripada pelajar SEMESRA. Seorang pelajar SEMESRA Fatin Zulaikha binti Zulkifli telah terpilih ke perkhemahan PKBM peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Sungai Petani Kedah pada 11 hingga 16 Jun 2012.

 Kawad senjata - tempat keenam dari sembilan pasukan - 7 pelajar SEMESRA antara anggotanya
 Memanaskan badan sebelum pandu arah bermula
 Aksi pelajar SEMESRA dalam acara merentas halangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan