VISI

VISI: PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

13 Oktober, 2013

AL FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAMAH NORAZLINDA BINTI HAMDZAH 2RK2


Seorang pelajar SEMESRA Norazlinda binti Hamdzah dari tingkatan 2RK2 telah kembali ke rahmatuLah pada kira-kira pukul 12.45 tengahari tadi di Hospital Daerah Raub. Menurut ayah Allahyarhamah, Encik Hamdzah, anak bongsu dari tiga orang adik beradik ini telah demam sejak hari Khamis dan dibawa ke klinik swasta pada hari Jumaat untuk menerima rawatan. Pada hari Sabtu keadaan Allahyarhamah bertambah kritikal apabila Allahyarhamah tidak dapat menerima makanan yang diberi kepadanya (muntah semula apabila ditelan). Allahyarham telah dibawa ke Hospital Daerah Raub pada hari Sabtu untuk menerima rawatan lanjut. Keadaan Allahyarhamah semakin kritikal pada hari ini (Ahad) sehinggalah Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 12.45 tengahari. Jenazah telah dibawa ke surau Halijah di Taman Amalina Lestari (taman rumah Allahyarhamah) untuk dimandi dan disembahyangkan. Jenazah selamat dikebumikan pukul 6.30 petang di tanah perkuburan Islam km 3 jalan Kuala Lipis. Kepada semua warga SEMESRA marilah sama-sama kita sedekahkan bacaan surah Al Fatihah kepada roh Allahyarhamah dan berdoa agar rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman. Al Fatihah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan