VISI

VISI: PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

21 Oktober, 2013

FOTO HARI INI: DIKAPAN TAK DIKEBUMI


Foto suasana kursus pengurusan jenazah untuk pelajar-pelajar lepasan PMR yang dikendalikan oleh Ustaz Salim bin Tugimin, bilal Masjid Daerah Raub. Beliau juga menyelitkan tazkirah berkaitan suasana selepas kematian di alam barzah.

17 Oktober, 2013

TAKWIM SEMASA SEMESRA

7-28 OKTOBER 2013 - PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4
21-28 OKTOBER 2013 - PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 1 DAN 2
25-27 OKTOBER 2013 - PERKHEMAHAN PERDANA
31 OKTOBER 2013 (KHAMIS) - MAJLIS GRADUASI KALI KE-4
6 NOVEMBER 2013 (RABU)- PEPERIKSAAN SPM BERMULA
8 NOVEMBER 2013 (JUMAAT) - HARI ANUGERAH KOKURIKULUM 
9 NOVEMBER 2013 (SABTU) - JAMUAN AKHIR & HARI KELUARGA KELAB GURU & STAF
11 NOVEMBER 2013 (ISNIN) - JAMUAN AKHIR TAHUN ASRAMA

13 Oktober, 2013

AL FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAMAH NORAZLINDA BINTI HAMDZAH 2RK2


Seorang pelajar SEMESRA Norazlinda binti Hamdzah dari tingkatan 2RK2 telah kembali ke rahmatuLah pada kira-kira pukul 12.45 tengahari tadi di Hospital Daerah Raub. Menurut ayah Allahyarhamah, Encik Hamdzah, anak bongsu dari tiga orang adik beradik ini telah demam sejak hari Khamis dan dibawa ke klinik swasta pada hari Jumaat untuk menerima rawatan. Pada hari Sabtu keadaan Allahyarhamah bertambah kritikal apabila Allahyarhamah tidak dapat menerima makanan yang diberi kepadanya (muntah semula apabila ditelan). Allahyarham telah dibawa ke Hospital Daerah Raub pada hari Sabtu untuk menerima rawatan lanjut. Keadaan Allahyarhamah semakin kritikal pada hari ini (Ahad) sehinggalah Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 12.45 tengahari. Jenazah telah dibawa ke surau Halijah di Taman Amalina Lestari (taman rumah Allahyarhamah) untuk dimandi dan disembahyangkan. Jenazah selamat dikebumikan pukul 6.30 petang di tanah perkuburan Islam km 3 jalan Kuala Lipis. Kepada semua warga SEMESRA marilah sama-sama kita sedekahkan bacaan surah Al Fatihah kepada roh Allahyarhamah dan berdoa agar rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman. Al Fatihah

03 Oktober, 2013

DIARI SEMESRA: PEMANTAUAN KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN

Ketibaan panel pemantau disambut oleh barisan pentadbir SMK Seri Raub

Suasana sejurus ketibaan semua panel, pegawai JPN dan pegawai PPD

Tempat sesi pemantauan dijalankan, Bilik Gerakan SEMESRA

Lagi suasana awal di Bilik Gerakan SEMESRA

Taklimat awal oleh GPK Pentadbiran, Cik Hajah Rodeyah bt Ahmad

02 Oktober, 2013

DIARI SEMESRA: PEPERIKSANAN PMR BERMULA

Peperiksaan PMR bermula hari ini sehingga 9 Oktober 2013, diucapkan selamat berjaya kepada semua calon PMR SEMESRA, di bawah ialah foto-foto suasana sesi taklimat sejurus sebelum calon-calon memasuki dewan peperiksaan





27 September, 2013

DIARI SEMESRA: MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA & RESTU ILMU PMR, SPM & STPM

Taklimat solat hajat oleh Ustaz Affandi

Doa dipanjat oleh kaum Muslimin

Munajat oleh kaum muslimat

Bicara hati oleh wakil pelajar, Norshahfika Ismail

Ibu bapa dan pelajar merenung masa depan

Ungkapan kata daripada wakil guru, Puan Hajah Kamsiah

Luahan harapan oleh GPK 1, Cik Hajah Rodeyah


Moderator muhasabah jemputan, Puan Nor Azimah Mantan Kaunselor SEMESRA

Pandangan sisi lain


Perkongsian rasa oleh Nurhanani salah seorang calon SPM anak yatim

Perkongsian harapan oleh Puan Hanita, guru sejarah SPM



Apabila nur melimpah di hati

Manusia akan bangun

dari alam kegelapan

Ibarat mata yang berseri

Munajat dipimpin oleh wakil ibu bapa

Saf warga pendidik SEMESRA

Salam dihulur, restu dipinta

Sabar menanti bersama-sama ibu bapa


17 September, 2013

DIARI SEMESRA: MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

Pengacara majlis Cik Fatihah, guru paraktikum dari UPSI

Ucapan alu-aluan daripada Encik Abdul Rahman GPK Kokurikulum

Perasmian penutup disempurnakan oleh En. Zainal Abidin, GPK HEM

Pemenang pertama pertandingan kelas patriotik, PU2k

Pemenang pertama merekabentuk berasaskan jalur gemilang, PKBM

Pemenang pertama pertadingan e-poster kategori tingkatan 2

Pemenang pertama pertandingan e-poster kategori tingkatan 1

Pemenang pertama pertandingan menulis sajak kategori menengah rendah

Pemenang pertama pertandingan menulis sajak kategori menengah atas

Pemenang kedua kuiz kemerdekaan berupa sebuah netbook sumbangan ADUN Dong

Pemenang pertama kuiz kemerdekaan juga berupa sebuah netbook sumbangan ADUN Dong

02 September, 2013

PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG & MENTOR MENTEE

Pelajar-pelajar SEMESRA

Ucapan oleh GPK HEM Encik Zainal Abidin bin Eya
Penyampaian hadiah kepada pelajar yang menyambut hari lahir ini

Penyampian fail mentor mentee kepada guru kelas