VISI

VISI: PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

08 November, 2013

DIARI SEMESRA: MAJLIS PERPISAHAN GURU PRAKTIKUM

Wakil guru praktikum menyampaikan cenderahati kepada GPK 1

Sembilan orang guru praktikum bergambar bersama-sama GPK 1

Sebagai tanda penghargaan jamuan usaha sama guru-guru diadakan

06 November, 2013

DIARI SEMESRA: PEPERIKSAAN SPM BERMULA

Doa dipohon meminta dimudahkan menghadapi peperiksaan

Sejurus sebelum melangkah ke dewan peperiksaan

29 Oktober, 2013

EN. HALIM SALLEH, TUAN PENGETUA BARU SEMESRA MEMULAKAN TUGAS SECARA RASMI

Ucapan alu-aluan, guru bertugas, Tuan Haji Muhammad Nasir

Encik Halim bin Salleh menyampaikan ucapan sulung beliau di dalam perhimpunan rasmi sekolah sempena menyambut ketibaan beliau

21 Oktober, 2013

FOTO HARI INI: DIKAPAN TAK DIKEBUMI


Foto suasana kursus pengurusan jenazah untuk pelajar-pelajar lepasan PMR yang dikendalikan oleh Ustaz Salim bin Tugimin, bilal Masjid Daerah Raub. Beliau juga menyelitkan tazkirah berkaitan suasana selepas kematian di alam barzah.

17 Oktober, 2013

TAKWIM SEMASA SEMESRA

7-28 OKTOBER 2013 - PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4
21-28 OKTOBER 2013 - PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 1 DAN 2
25-27 OKTOBER 2013 - PERKHEMAHAN PERDANA
31 OKTOBER 2013 (KHAMIS) - MAJLIS GRADUASI KALI KE-4
6 NOVEMBER 2013 (RABU)- PEPERIKSAAN SPM BERMULA
8 NOVEMBER 2013 (JUMAAT) - HARI ANUGERAH KOKURIKULUM 
9 NOVEMBER 2013 (SABTU) - JAMUAN AKHIR & HARI KELUARGA KELAB GURU & STAF
11 NOVEMBER 2013 (ISNIN) - JAMUAN AKHIR TAHUN ASRAMA

13 Oktober, 2013

AL FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAMAH NORAZLINDA BINTI HAMDZAH 2RK2


Seorang pelajar SEMESRA Norazlinda binti Hamdzah dari tingkatan 2RK2 telah kembali ke rahmatuLah pada kira-kira pukul 12.45 tengahari tadi di Hospital Daerah Raub. Menurut ayah Allahyarhamah, Encik Hamdzah, anak bongsu dari tiga orang adik beradik ini telah demam sejak hari Khamis dan dibawa ke klinik swasta pada hari Jumaat untuk menerima rawatan. Pada hari Sabtu keadaan Allahyarhamah bertambah kritikal apabila Allahyarhamah tidak dapat menerima makanan yang diberi kepadanya (muntah semula apabila ditelan). Allahyarham telah dibawa ke Hospital Daerah Raub pada hari Sabtu untuk menerima rawatan lanjut. Keadaan Allahyarhamah semakin kritikal pada hari ini (Ahad) sehinggalah Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 12.45 tengahari. Jenazah telah dibawa ke surau Halijah di Taman Amalina Lestari (taman rumah Allahyarhamah) untuk dimandi dan disembahyangkan. Jenazah selamat dikebumikan pukul 6.30 petang di tanah perkuburan Islam km 3 jalan Kuala Lipis. Kepada semua warga SEMESRA marilah sama-sama kita sedekahkan bacaan surah Al Fatihah kepada roh Allahyarhamah dan berdoa agar rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman. Al Fatihah

03 Oktober, 2013

DIARI SEMESRA: PEMANTAUAN KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN

Ketibaan panel pemantau disambut oleh barisan pentadbir SMK Seri Raub

Suasana sejurus ketibaan semua panel, pegawai JPN dan pegawai PPD

Tempat sesi pemantauan dijalankan, Bilik Gerakan SEMESRA

Lagi suasana awal di Bilik Gerakan SEMESRA

Taklimat awal oleh GPK Pentadbiran, Cik Hajah Rodeyah bt Ahmad

02 Oktober, 2013

DIARI SEMESRA: PEPERIKSANAN PMR BERMULA

Peperiksaan PMR bermula hari ini sehingga 9 Oktober 2013, diucapkan selamat berjaya kepada semua calon PMR SEMESRA, di bawah ialah foto-foto suasana sesi taklimat sejurus sebelum calon-calon memasuki dewan peperiksaan





27 September, 2013

DIARI SEMESRA: MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA & RESTU ILMU PMR, SPM & STPM

Taklimat solat hajat oleh Ustaz Affandi

Doa dipanjat oleh kaum Muslimin

Munajat oleh kaum muslimat

Bicara hati oleh wakil pelajar, Norshahfika Ismail

Ibu bapa dan pelajar merenung masa depan

Ungkapan kata daripada wakil guru, Puan Hajah Kamsiah

Luahan harapan oleh GPK 1, Cik Hajah Rodeyah


Moderator muhasabah jemputan, Puan Nor Azimah Mantan Kaunselor SEMESRA

Pandangan sisi lain


Perkongsian rasa oleh Nurhanani salah seorang calon SPM anak yatim

Perkongsian harapan oleh Puan Hanita, guru sejarah SPM



Apabila nur melimpah di hati

Manusia akan bangun

dari alam kegelapan

Ibarat mata yang berseri

Munajat dipimpin oleh wakil ibu bapa

Saf warga pendidik SEMESRA

Salam dihulur, restu dipinta

Sabar menanti bersama-sama ibu bapa