VISI

VISI: PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

22 April, 2011

PN. ZAHARAH BINTI MAMAT BERTUKAR KE KUANTAN

Jumaat (22 April 2011) - Pn. Zaharah binti Mamat, Guru Cemerlang Bahasa Arab, mantan GPK HEM yang juga merupakan salah seorang guru perintis SEMESRA tahun 2002, bertukar ke Kuantan mulai 25 April 2011. Beliau akan berkhidmat di SMK Alor Akar, Kuantan. Pertukaran beliau ke Kuantan adalah kerana mengikut suaminya yang telah bertukar di sana sejak Januari yang lalu. Sempena pertukaran beliau satu majlis meraikan beliau telah diadakan selepas program bacaan Yasin pada pagi hari ini di tapak perhimpunan. Selepas itu jamuan perpisahan yang diusahakan oleh guru-guru SEMESRA telah diadakan di Bilik Guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan