VISI

VISI: PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

04 April, 2011

ANUGERAH KECEMERLANGAN & KEPUJIAN PENGETUA DIPERKENALKAN

 Antara pelajar yang menerima Anugerah Kecemerlangan Pengetua

Isnin (4 April 2011) - Anugerah Kecemerlangan dan Kepujian Pengetua SEMESRA diperkenalkan pada perhimpunan rasmi pagi ini kepada semua pelajar SEMESRA yang mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam ujian dan peperiksaan dalaman sekolah. Anugerah Kecemerlangan Pengetua diberikan kepada pelajar yang berjaya mendapat gred A (A+, A atau A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki sementara Anugerah Kepujian Pengetua diberikan kepada pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 4A dan mata pelajaran lain mestilah mendapat gred B. Serentak dengan itu juga semua pelajar yang berjaya mendapat keputusan seperti yang dinyatakan dalam Penilaian 1 tahun 2011 (Ujian Mac) baru-baru ini dianugerahkan sijil Anugerah tersebut dalam perhimpunan rasmi sekolah pagi ini  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan